Proton adalah jenama kereta kebangsaan Malaysia yang telah lama menjadi pilihan rakyat tempatan.
Syarikat Perusahaan Otomobil Nasional Berhad (PROTON) merupakan pelopor dalam industri automotif negara,
Kini melancarkan model pertama mereka, Proton Saga, pada tahun 1985.
Sejak itu, pelbagai model ikonik telah dikeluarkan oleh PROTON.
Menurut laporan media tempatan, banyak model PROTON sering digunakan untuk perkhidmatan seperti e-hailing dan menjadi pilihan utama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam tugas penguatkuasaan undang-undang.
Salah satu model yang paling dikenali sebagai kereta polis ialah Proton Waja.
Polis di England menggunakan PROTON
Baru-baru ini, tular di media sosial sebuah klip video yang memaparkan Proton Waja berwarna perak digunakan oleh pasukan polis di luar negara. Kejadian menarik ini berlaku di Timur Laut Lincolnshire, England.
Klip berdurasi 15 saat tersebut menunjukkan Proton Waja yang diubah suai dengan cat warna hijau dan biru di sisi kenderaan serta dilengkapi siren di atas bumbung. Kenderaan tersebut dilihat meluncur laju dan dipercayai digunakan oleh peronda trafik di kawasan itu.
Reaksi warga maya yang kagum!
Di ruangan komen, ramai pengguna media sosial menunjukkan rasa kagum melihat model keluaran kebangsaan itu digunakan oleh pihak luar. Antara komen yang ditinggalkan adalah:
-“Proton Waja memang laju.”
-“Proton Waja di London.”
-“Kereta ini mempunyai pengendalian yang baik, senang untuk mengejar suspek yang tiba-tiba masuk lorong.”
-“Ada beberapa kereta Proton yang digunakan oleh polis di UK, termasuk Waja, Persona, Wira, dan Satria GT.”
-“Proton Waja the best!”
-“Wah, bangga aku sebagai anak Malaysia terbaik!”
-“Itu salah satu sebab kereta nasional kita mempunyai spesifikasi luar negara, bermula dari Iswara yang pertama diimport ke luar negara. Aku membesar di bawah pemerintahan Tun dan sangat bangga lahir pada tahun 1979.”
-“Dulu Waja silver masuk kampung, semua orang lari. Tak jadi lepak sebab ingatkan polis. Dulu Waja ini, kalau bukan polis, mesti orang kaya yang pakai.”
Reaksi positif ini menunjukkan betapa bangganya rakyat Malaysia terhadap jenama kereta kebangsaan mereka.
BACA: Tukang urut dedah pijak batu refleksologi boleh jadi bahaya kalau anda pijak macam ini