Polis panggil Syed Saddiq : Cara halus untuk tutup mulut pengkritik

Polis panggil Syed Saddiq : Cara halus untuk tutup mulut pengkritik

Benda macam ni yang aku rasa buat anak muda rasa fade-up.

Aku pun tak suka Syed Saddiq. Kau boleh selongkar tulisan-tulisan lama aku, banyak je aku hentam dia.

Tapi tak bermaksud aku boleh sokong tindakan menyekat kebebasan bersuara dia.

Ini bukan isu Syed Saddiq. Ini isu cara berpolitik jahat oleh parti berkuasa yang menyalahgunakan kuasa agensi-agensi kerajaan bagi menghalang dan menutup mulut lawan politik. Aku dah tonton interview Al-Jazeera Syed Saddiq yang dikatakan menjadi subjek siasatan oleh Polis itu. Sebab masa mula-mula PKP bulan Mac tempoh hari memang video itu tular.

Apa benda yang hasutannya?

Dia disiasat di bawah dua peruntukan, seksyen 4 Akta Hasutan (ie mengeluarkan ucapan hasutan); dan seksyen 233 Akta SKMM (ie memberikan komen jelik atau menyakitkan hati).

Ya, aku tahu, kalau kau nak jadi apologis dan pembela penguasa, kau boleh cakap dan bagi alasan bahawa memandangkan dah ada laporan polis, maka polis terpaksa menyiasat. Tapi hakikatnya untuk benda-benda yang simple dan straight-forward macam ni, polis ada budibicara untuk tak perlu ambil tindakan lanjut. Kalau nak sangat buat siasatan, maka video interview al-Jazeera itu memang dah tersedia ada dalam domain awam. Bukak lah youtube. Siasat sepatah-sepatah video itu.

Tapi polis sengaja digunakan untuk memanggil Syed Saddiq, sebagai satu cara untuk menunjukkan kuasa. “I have the power, and I can use it any time, so you better watch out,” begitulah mesejnya lebih kurang. Ia sebagai satu cara halus membungkam kritikan.

Jika kau nak berpolitik, maka berpolitiklah secara adil. Kalau ada kritikan daripada pembangkang, maka lawan kritikan itu dengan hujah. Tunjukkan bahawa kritikan itu tidak benar. Bukan menyalahgunakan kuasa dan menakut-nakutkan seteru politik.

Banyak lagi kes lain yang polis perlu tangani. Pembunuh Adib kau taknak cari. Sampai ke sudah tak jumpa-jumpa. Mahkamah Koroner yang menyiasat kematian Adib dah setahun keluarkan keputusan bahawa pihak polis gagal bertindak dengan wajar dalam kes Adib, tapi dengan keputusan itu pun, masih tak nampak usaha untuk menangkap pembunuh Adib. Bapa arwah Adib, Pak Cik Kasim, sorang-sorang hantar representasi kepada Peguam Negara, tapi kau masih taknak jawab.

Akhirnya kau masih nak fokus gunakan sumber dan tenaga polis untuk siasat benda-benda mengarut, semata-mata untuk tunjuk bahawa kau ada kuasa.

Sumber :