Portal UtusanTV disekat SKMM, apa kaitan UtusanTV dengan Utusan Malaysia ramai tak tahu

Oleh KAMARUL HISHAM ABDULLAH

Portal UtusanTV disekat SKMM, apa kaitan UtusanTV dengan Utusan Malaysia ramai tak tahu

Portal berita UtusanTV dilihat telah disekat di Malaysia dan tidak boleh diakses oleh pelbagai pengguna talian mudah alih di Malaysia.

Mereka yang melawat laman tersebut dari dalam negara, akan disapa dengan makluman, “

Portal UtusanTV disekat SKMM, apa kaitan UtusanTV dengan Utusan Malaysia ramai tak tahu

Laman sesawang ini tidak dapat diakses di Malaysia kerana kandungannya melanggar undang-undang negara.”

Ini adalah format biasa yang digunakan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) terhadap laman web yang disekat.

Sebelum itu, ada satu perkara lain yang perlukan perhatian semua orang. Media Mulia Sdn Bhd selaku pemilik Utusan Malaysia, mengeluarkan kenyataan beberapa jam lepas bahawa akhbar Utusan Malaysia dan syarikat tidak ada kaitan lansung dengan laman web UtusanTV.

Penggunaan nama Utusan telah meniumbulkan kekeliruan mengenai pemilikan sebenar dan sering dikaitkan dengan Utusan Malaysia dan Media Mulia.

Media Mulia menegaskan lagi bahawa mereka tiada kaitan dengan kandungan, pemilikan, pengurusan dan operasi UtusanTV yang dimiliki syarikat lain. Media Mulia menambah, mereka berhak mempertahankan hak bagi memastikan jenama perniagaan dan akhbar Utusan Malaysia sentiasa dipertahankan dan tidak menimbulkan kekeliruan dalam kalangan pembaca.

Menurut MalaysiaKini, UtusanTV.com ditubuhkan oleh bekas kakitangan Utusan Malaysia selepas syarikat induknya Utusan Melayu (Malaysia) Berhad ditutup pada 2019 kerana masalah kewangan. Akhbar Utusan Malaysia sekarang telah dilancarkan semula pada tahun 2020 di bawah pengurusan baru, dan tidak bergabung dengan UtusanTV.com.

Di laman Mengenai Kami UtusanTV, mereka menawarkan kandungan berita semasa dan bisnes, serta menawarkan kandungan enam majalah iaitu Mastika, Wanita, URTV, Al Islam, Saji dan Hijab.

Sebab sekatan masih belum diketahui

Geramm (Gerakan Media Merdeka), gabungan pengamal media dan penyokong kebebasan media di Malaysia, telah mengeluarkan kenyataan mengenai sekatan UtusanTV.

Mereka menggesa pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) agar memberikan penjelasan berkaitan mekanisme sekatan yang dikenakan terhadap sebarang laman sesawang, khususnya portal-portal berita dalam talian.

Ia susulan laporan sekatan terbaru ke atas portal UtusanTV. Sekatan yang sama juga sebelum ini dikenakan terhadap portal MalaysiaNow, dan sehingga hari ini tidak ada penjelasan terbuka dari SKMM berhubung hal tersebut.

Mereka berpendapat SKMM perlu mempunyai mekanisme yang jelas dalam mengambil sebarang langkah sekatan kandungan dalam talian, terutama apabila melibatkan portal-portal berita.

Tindakan untuk memberi notis atau peringatan kepada pihak media berkaitan juga perlu dilakukan sebelum sekatan dikenakan. Setakat ini dalam dua kejadian dilaporkan, pihak editorial berkaitan tidak diberi sebarang pemberitahuan bahawa laman web mereka telah disekat, atau alasan sekatan dibuat.

Geramm juga berasa pelik apabila pihak SKMM sebaliknya bertindak untuk “menyiasat” aduan yang dibuat oleh pengurusan media yang disekat, sedangkan perlu ada alasan jelas sebelum sekatan dibuat, dan tidak ada pihak berkuasa lain yang boleh mengambil tindakan sedemikian.

Kami telah menghubungi SKMM untuk mendapatkan penjelasan mengenai sekatan terhadap UtusanTV.

BACA: ‘Lompat’ 3 kawasan sejak PRU14, Rina hadapi kesukaran yakinkan pengundi