Ada pelbagai kisah dalam dunia penerbangan yang melibatkan kru kabin, termasuk pengalaman seram dan tersembunyi, serta kenangan yang tidak dapat dilupakan.
Bagi kru kabin yang membawa jemaah Haji dan Umrah, pengalaman mereka sering diselubungi insiden yang tidak logik dan sukar untuk diterima akal.
Salah satu kisah yang dikongsi oleh Bella dari Berjaya Air di podcast Borak Dalam Galley, yang diacarakan oleh
Zarul Umbrella dan CK Faizal, adalah pengalaman seramnya ketika membawa jemaah ke tanah suci Mekah.
Kru kabin dakwa penumpang selalu tinggalkan ‘barang’ sebelum ke tanah suci, netizen syak sesuatu
Dalam video pendek yang kini telah ditonton lebih 1 juta kali di akaun TikTok @zarulumbrellaofficial, Bella menceritakan tentang jemaah haji atau umrah yang ingin beribadah tetapi meninggalkan ‘barang’ sebelum berangkat.
@zarulumbrellaofficial Podcast @bo@borakdalamgalley feat @bellanggun Ep 52 – Kisah Cabin Crew Kerasukan Lepas Buat Flight Haji #borakdalamgalley @CK Faizal ♬ original sound – Zarul Umbrella
Walaupun tidak pasti apa barang tersebut, netizen di bahagian komen mendakwa bahawa ‘barang-barang’ itu adalah saka yang sudah lama berdamping dengan tuannya.
Namun, apabila ditanya tentang barang yang pernah ditinggalkan penumpang, Bella menyatakan bahawa setakat ini dia tidak pernah menemui barang-barang tersebut.
Satu kisah seram yang tidak dapat dilupakannya adalah ketika dia ingin berehat di ‘crew bunk’, tempat tidur khas untuk kru di dalam pesawat.
Ketika waktu rehat, dia mengajak rakannya untuk naik ke ‘crew bunk’, tetapi rakannya meminta agar dia naik dahulu.
Setibanya di atas, Bella melihat rakannya sudah berada di sana.
Dia merasa pelik tetapi tidak memikirkan panjang. Rasa hairan muncul kerana rakannya itu sampai lebih awal daripada yang dijangka, tetapi tiada perbualan berlaku antara mereka. Mereka hanya diam.
Beberapa minit kemudian, ketika Bella turun semula untuk mengambil barang yang tertinggal, dia terkejut apabila bertemu dengan rakannya yang baru hendak naik ke ‘crew bunk’.
“Kau di atas atau di bawah ni?” tanya Bella dengan penuh rasa hairan.
Pada ketika itu, Bella mula merasakan ada sesuatu yang tidak kena.
Apa yang dia lihat di atas, jika bukan rakannya, maka siapa?
Keadaan di ‘crew bunk’ yang malap dan sunyi menambah suasana misteri.
Tanpa disedari, pengalaman pelik ini mengganggu fikiran mereka, tetapi tiada siapa yang menyangka kejadian aneh lain akan berlaku selepas penerbangan berakhir.
Setelah mereka kembali ke kompaun tempat tinggal kru, rakannya tiba-tiba mengalami kerasukan.
Kejadian ini membuatkan Zarul dan CK Faizal terkejut.
Di bahagian komen, netizen mengaitkan kejadian tersebut dengan ‘barang-barang’ yang ditinggalkan oleh penumpang.
“Samalah ceritanya kami yang kerja di hotel airport semasa musim haji, memang derita. Orang tinggalkan barang macam-macam rupa. Kadang-kadang masuk bilik kru, kasihan tengok rakan-rakan penat-penat kena kacau,” kongsi seorang netizen.
“Oh, dorang tinggalkan ke? Saya selalu tertanya-tanya bagaimana makcik saya boleh pergi Mekah untuk umrah banyak kali, haji sudah 2 kali, tetapi setiap kali balik, benda itu masih ada dengannya.
Semakin tua, semakin kuat benda itu. Dia sudah sampai tahap boleh ubat orang dan melihat apa yang orang itu buat yang sampai kena kacau. Setiap raya, saya paling takut nak duduk dekat dia,” kata seorang lagi netizen.
Baca Lagi:Rasuah dalam pemilihan parti, kepincangan dalam Bersatu makin membarah