PRK Pulai dan Simpang Jeram, 26 Ogos penamaan calon, 9 sept hari mengundi

Oleh ZULAIKHA ABBAS

PRK Pulai dan Simpang Jeram, 26 Ogos penamaan calon, 9 sept hari mengundi

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 9 Sept sebagai hari pengundian bagi PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram di Johor.

Ia diadakan susulan kematian penyandangnya yang juga Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub

PRK Pulai dan Simpang Jeram, 26 Ogos penamaan calon, 9 sept hari mengundi

Pada sidang media di ibu pejabatnya pagi ini, Pengerusi SPR Abdul Ghani Salleh berkata penamaan calon pula akan diadakan pada 26 Ogos, manakala pengundian awal ditetapkan pada 5 Sept.

Ghani berkata seramai 166,653 pemilih berdaftar di Pulai manakala 40,379 di Simpang Jeram, dengan permohonan pengundi luar dibuka secara dalam talian mulai hari ini sehingga 12 Ogos depan.

Beliau berkata dianggarkan kos untuk menjalankan PRK Pulai menelan belanja RM4.5 juta manakala RM1.5 juta bagi Simpang Jeram.

Salahuddin, 61, yang juga menteri perdagangan dalam negeri dan kos sara hidup meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar, Kedah pada 23 Julai setelah ditidurkan selepas menjalani pembedahan akibat pendarahan otak.

Beliau memenangi kerusi Pulai pada PRU15 dengan majoriti 33,174 undi, menewaskan Nur Jazlan Mohamed dari Barisan Nasional (BN) dan Loh Kah Yong dari Perikatan Nasional (PN).

Pada PRN Johor 2022, beliau menang kerusi Simpang Jeram dengan majoriti 2,399 undi dalam pertembungan empat penjuru menentang Zahrul Salleh dari PN, Lokman Don dari BN dan Mahaizal Mahmor dari Pejuang.

BACA: Tak perlu ambil ujian teori berasingan motor dan kereta, hanya 1 ujian teori mulai 15 september