Program ePemula : Orang ramai mula luah rasa kecewa

Program ePemula : Orang ramai mula luah rasa kecewa. Bermula hari ini, para pelajar berusia 18-20 tahun berwarganegara Malaysia berpeluang menebus kredit ePemula bernilai RM150 setiap individu yang disalurkan oleh pihak kerajaan Malaysia.
Difahamkan peruntukan RM300 juta ini akan mampu memberi manfaat khas kepada lebih 2 juta golongan belia serta pelajar IPT sepenuh masa di institut pengajian tinggi dalam usaha meringankan beban kewangan.
Sebanyak empat platform atau aplikasi sedia ditebus para pelajar menerusi program ePemula terdiri daripada BigPay, GrabPay, ShopeePay dan Touch ‘n Go eWallet.
Di sebalik inisiatif yang ditawarkan, apa yang mengejutkan segelintir netizen khususnya para belia adalah program skim transaksi tanpa tunai ini walau bagaimanapun tidak membenarkan pengguna untuk berbelanja secara dalam talian.
TERKINI: Kredit ePemula RM150 tidak boleh digunakan untuk transaksi e-dagang atau transaksi atas talian
Program ini juga bertujuan membantu pemulihan perniagaan para pekedai fizikal serta menggalakkan transaksi tanpa tunai
Info Lanjut: https://t.co/NY9o3Gwuza#ePemula #Shopee pic.twitter.com/a5VRR4RsyQ
— MYSumber (@mysumber) April 11, 2022
Dalam erti kata lain, para pengguna berpeluang menebus menerusi salah satu daripada empat platform terpilih dan membelanjakannya dan hanya dibenarkan untuk berbelanja secara offline sahaja.
Berikut merupakan respon netizen selepas mendapati tebusan ShopeePay yang sinonim untuk perbelanjaan atas talian hanya sah digunakan untuk perbelanjaan offline.
What you CAN DO & CAN’T DO for ePemula on ShopeePay
Can Do :
– Spent on offline payments which is on offline store such as Eco Shop, Tealive, KFC and more.Can’t Do:
– Buy anything INSIDE Shopee
– Cash Out pic.twitter.com/tglHfIAtYv— zuℓ ʚɞ (@mzhbs_) April 11, 2022
Sehubungan dengan itu, para pelajar yang terlibat dalam menerima eBelia dinasihatkan agar memilihkan platform yang sesuai untuk kegunaan dalam memudahkan perbelanjaan di rangkaian kedai terpilih kelak.
BACA:
Letak gambar ‘panas’ di instagram bulan ramadan, Eyka Farhana dikecam warganet
Aliff syukri baru tahu sebab harga durian ‘musang king’ mahal selepas 400 pokoknya mati
Bayar guna duit 5 sen, peniaga nekad buang kopi pelanggan jadi tular