Proton lancar ‘smartwatch’, kereta boleh start guna jam je!
Terbaru, syarikat Proton telah melancarkan jam pintar atau smartwatch mereka sendiri bernama Proton X. Wow, serius lah?
Menurut Lowyat.net, smartwatch Proton X dibuat dengan kerjasama antara syarikat Proton dan ACO Tech.
ACO Tech merupakan syarikat yang bertanggungjawab ke atas sistem infotainmen ATLAS pada kereta Proton terpilih termasuk X50 dan X70.
Proton lancar ‘smartwatch’, kereta boleh start guna jam je!
Fungsi Proton X
Jam tangan ini membenarkan pengguna untuk mengawal kenderaan dari jauh termasuk mengunci pintu, tingkap, hon, lampu, penghawa dingin dan lain-lain.
Bagi pemilik model Proton X50, smartwatch ini juga boleh menghidupkan terus enjin kereta dari jauh.
@captain_proton♬ original sound – CAPTAIN PROTON
Tambahan, jam tangan ini telah dihasilkan dengan keluli tahan karat dan bezel seramik yang dilengkapi paparan AMOLED1.3 inci. Gadget ini juga mempunyai ciri yang lain termasuk menyemak kadar denyutan nadi dan sensor darah oksigen.
Buat masa sekarang, Proton X dikategorikan sebagai Proton Genuine Part untuk model X50 dan X70.
Pembeli boleh mendapatkan gadget ini dari pengedar yang dengan harga RM1,499. Kalau dah beli, jangan lupa review untuk kami pula, okay?
BACA:PAS sahkan Kelantan bakal dapat MB baharu jika parti itu menang PRN