PTD diharap pelihara kerajaan dari campur tangan politik dan rasuah

PTD diharap pelihara kerajaan dari campur tangan politik dan rasuah

Saya baca perkongsian di bawah yang katanya ditulis oleh seorang PTD (anonymous). Membaca penulisannya membuatkan saya tersenyum. Jika benar, saya kira PTD ini adalah PTD yg benar-benar jujur, ikhlas dan bersih – berkhidmat demi negara yang tercinta.

Saya pernah dengar, benar Menteri-menteri zaman BN dulu ke mana saja dia pergi kena ada top Pengurusan Tertinggi (KSU, TKSU-TKSU, KP-KP) sekali. Walhal sibuk kut KSU, TKSU, KP ni semua dengan urusan Kementerian.

Saya percaya ada juga PTD yg mempunyai pandangan dan pengalaman yg berbeza. Lagi bagus jika lagi ramai PTD yang sekarang sudah merasa berkhidmat untuk TIGA kerajaan – BN, PH dan PN, untuk berkongsi pemerhatian dan “insider’s view” masing-masing.

Of course no government (BN/PH/PN) is perfect but the red line is always INTEGRITY. Sebab itu apabila naik semula kes rasuah melibatkan projek Kerajaan di KKM baru-baru ini, ramai yang sangat kecewa. Ramai yang berharap PN tak mengulangi kesilapan dan kejahatan BN, tetapi nampaknya ia boleh berlaku bila-bila masa.

Banyak pengalaman yang saya kutip dan pemerhatian yang saya dapat sepanjang 22 bulan berada di Pejabat Menteri. Ia adalah satu kebanggaan dan kenangan yang saya tak dapat lupakan apabila dapat bekerja bersama-sama dengan PTD-PTD dan pegawai kerajaan yang penuh dedikasi dan saling menghormati.

Kepada PTD di luar sana, saya doakan anda terus cemerlang berkhidmat demi negara. Pelihara kerajaan dari campur tangan politik melampau dan rasuah oleh anggota pentadbiran tak kira dari parti mana pun.

Sayangi Tanahair Kita 🇲🇾

~~~~~~~~~~~~~~~~

Assalamualaikum wbt

Saya seorang penjawat awam (PTD) yang telah berkhidmat selama 17 tahun.

Sebagai penjawat awam, kami berkhidmat untuk government of the day. Tak kiralah BN, PH mahupun PN.

Cuma nak meluahkan isi hati ramai rakan-rakan dalam perkhidmatan awam.

Bila PH menjadi kerajaan, asalnya ramai yang khuatir dengan menteri-menteri baru. Terutamanya daripada mereka yang sudah lama berada di pihak pembangkang.

Kami takut mereka akan membalas dendam dan memasukkan orang-orang mereka menggantikan penjawat awam sedia ada.

Memang menjadi lumrah setiap kerajaan akan meletakkan “orang sendiri” sama ada untuk melaksanakan dasar mereka mahupun sebagai “reward” kepada penyokong mereka.

Namun dalam 22 bulan, kami perhatikan menteri-menteri PH bukan sahaja tidak bertindak atas dasar dendam, malah ramai mereka mengurangkan protokol orang atasan yang sudah kian lama menjadi kebencian penjawat awam. Kita nampak menteri-menteri bergerak tanpa rombongan besar, penjawat awam tidak lagi dikerah beratur beramai-ramai berjam awal demi menyambut lawatan menteri, pegawai-pegawai mereka tidak berlagak menunjuk kuasa seperti zaman kerajaan dulu. Kalau dulu level pegawai khas saja pun boleh memekik pada ksu, kita nampak di bawah PH, ksu kembali berkuasa mentadbir kementerian. Agak mudah bekerja dengan menteri-menteri baru. Orang dalam akan nampak perubahan ketara.

Sekarang kerajaan tukar lagi. Asalnya ok juga sebab kita hormat pada tokoh-tokoh seperti Tan Sri Muhyddin Yassin. Namun 2 bulan saja kelakuan zaman bn sudah kembali. Pegawai-pegawai menteri kurang ajar dengan penjawat awam, menteri kena diusung macam bangsawan, pejabat menteri penuh tokeh-tokeh beratur bawa kertas kerja tiap-tiap hari.

Kami penjawat awam bukan macai, kami boleh menilai sendiri. Tapi apa-apapun kami tetap akan melaksanakan amanah kami. Cuma saya berharap kita jangan terlalu taksub dengan propaganda mana-mana pihak. Kami orang dalam lebih nampak benda-benda yang orang politik buat. Wallahualam.

Pegawai Tadbir dan Diplomatik

Sumber: