Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Mohd Puad Zarkashi, tampil mengkritik kenyataan yang menyatakan bahawa Muhyiddin Yassin
Beliau tidak menyertai perhimpunan solidariti untuk Najib Razak di Istana Kehakiman pada Isnin lalu kerana beliau berpegang pada prinsip anti-rasuah
. Menurut Mohd Puad, kenyataan tersebut sangat mengelirukan kerana Muhyiddin sendiri kini sedang menghadapi tuduhan rasuah di mahkamah.
“Dalam keadaan seperti ini, sangat memualkan apabila Mahathir Rais berhujah kononnya Muhyiddin dan Abdul Hadi Awang tidak hadir di perhimpunan solidariti Najib kerana mahu mengekalkan prinsip antirasuah.
Adakah mereka lupa Muhyiddin kini sedang didakwa dalam kes rasuah dana wibawa?
Mana prinsipnya kalau beliau biarkan menantu lari ke luar negara sementara anak-anak Najib tetap berada di dalam negara?” tulis Mohd Puad dalam hantaran Facebooknya.
Menurut beliau lagi, tindakan Muhyiddin yang tidak menghalang PAS daripada menganjurkan perhimpunan solidariti untuk Najib menunjukkan bahawa beliau tidak benar-benar berpegang pada prinsip yang dikatakannya.
“Mengapa Muhyiddin tidak bantah PAS buat perhimpunan? Kalau benar beliau berprinsip, beliau sepatutnya malu untuk hadir. Itu sebabnya PAS dan Bersatu kini bercelaru dalam manipulasi isu titah adendum. Tidak ada keikhlasan dalam tindakan mereka,” tegas Mohd Puad.
Isnin lalu, PAS menggerakkan ahli-ahlinya untuk hadir sebagai tanda solidariti terhadap Najib berhubung titah adendum yang didakwa disekat oleh kerajaan. Perhimpunan tersebut yang diadakan di Istana Kehakiman Putrajaya menyaksikan ratusan orang, termasuk ahli Umno, berkumpul untuk menyokong Najib, yang kini memohon semakan kehakiman terhadap keputusan yang memaksanya menjalani tahanan rumah.
Titah adendum tersebut menjadi kontroversi apabila terdapat dakwaan bahawa kerajaan cuba menyembunyikan titah dari Yang di-Pertuan Agong yang ke-16 itu.
Mohd Puad juga mempersoalkan kehadiran penyokong PAS dan Bersatu yang dilihat agak kurang pada perhimpunan tersebut. Berdasarkan laporan media, hanya sekitar 900 orang yang hadir, dan beliau percaya ramai di kalangan ahli PAS sedar bahawa parti mereka tidak mempunyai agenda untuk memperjuangkan Najib.
“Ahli PAS tahu pemimpin mereka hanya bermain wayang. Tidak ada agenda sebenar untuk membela Najib dalam PAS. Malah, PAS sering menggunakan isu Najib untuk menekan Umno.
Jadi, mereka tidak datang bukan kerana menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong, tetapi kerana mereka berpura-pura menyokong Najib,” jelas Mohd Puad lagi.
BACA:Â Lelaki mengamuk halang jalan motor hilang dicuri, rupanya lupa pergi kedai jalan kaki