“Puas hati aku dapat malukan ayah depan orang kampung, aku senyum sinis tanda aku menang”

Oleh AHMAD YUSOF MUSTAPHA

Bapak dari kecik tak suka aku sebab aku tak pandai, lembab. Baru ni, dia ada jual harta pusaka, dia bahagi semua duit dekat adik beradik aku yang lain.

Tapi aku tak dapat sesen pun. Satu hari mak datang bagi aku duit cash 10k..Salam semua. Aku Zam, umur 26. Aku 5 beradik, dan anak ke empat.

Adik perempuan aku sekolah lagi. Yang atas-atas aku semua kerja bagus-bagus, kerajaan.

"Puas hati aku dapat malukan ayah depan orang kampung, aku senyum sinis tanda aku menang"

Kecuali aku. Dari kecik aku tak minat belajar, sebab aku lembab sikit dan tak faham.

Bila makin besar aku makin malas belajar sebab bapak aku. Bapak aku dulu kerja askar. Tapi sekarang dah pencen dari askar tapi kerja dengan kawan dia buat macam bodyguard. Lepas tu bapak aku ada bisnes jahit kasut jugak.

Tapi bapak aku dari dulu sampai sekarang dia suka jadi k0mando untuk aku. Sebab tu aku memang tak ngam la dengan bapak aku dari kecik. Sebab asyik aku ja kena pukuI. Ya la aku kan tak pandai. Aku selalu tak mau pi sekolah, so pagi-pagi boleh dengar dah drama bapak pukuI anak suruh pi sekolah.

Dah la tu dia asyik nak atur hidup aku ja sampai sekarang. Adik beradik lain dia tak macam tu. Ya la depa kerja baguih kan, aku ja tak berguna. Dia suka la banding aku dengan adik beradik lain. Dah besar-besar ni pun dia selalu maIukan aku depan semua orang sampai aku dah lali.

Kami pun sama-sama panas. Aku suka buat benda yang dia tak suka supaya dia pun sakit hati. Baru aku rasa adil. Aku rasa sejak aku naik ke sekolah menengah aku dah kerap member0ntak, dah tak rasa takut dengan dia dah.

Aku memang kategori budak nakal kat sekolah dan kat kampung. Bapak aku ada nama baik kat kampung. So bila aku buat masalah, dia akan rasa malu. Tapi aku rasa puas hati sebab dah buat dia str3ss. Tapi orang kampung pun agaknya dah lali dengan perangai aku. Tapi aku bukan heran pun apa orang cakap.

Aku bukan berd3ndam atau benci bapak aku, tapi bila buat sesuatu yang dia tak suka, aku rasa kepuasan. Sebab dia akan bebel benda tu. Contohnya aku balik pukuI 10. Dia akan bebel kat mak aku tapi depan aku la. Dia akan kata, awai betoi anak emas hang balik hari ni, biasanya balik pukuI 9.

Geng kutu rayau tak cukup ahli untuk mesyuarat ka. Lain kali suruh dia balik pukuI 12, boleh jumpa burung hantu. So esoknya aku sengaja balik pukuI 12, bagi dia rasa berangin. Sebab mak aku akan call tanya kat mana kenapa tak balik lagi.

Sebenarnya sebab bapak aku yang suruh call. Kalau memang mak aku yang call, dia call sekali ja. Kalau dia call berkali-kali berserta dengan adik aku mesej, tu maksud bapak aku yang suruh call. Aku kata la dok tunggu burung hantu tak jumpa lagi. Satgi cek balik la. Kan abah suruh balik pukuI 12. Baru boleh jumpa burung hantu. Ni baru pukuI 9. Saja aku cakap macam tu, sebab aku tau mak aku akan letak speaker.

Aku memang sengaja suka buat dia naik angin. Tapi aku duduk lepak dalam kampung ja, bukan pi mana pun. Dia pun tau. Tapi biasa la, dia mana aman kalau sehari tak kacau aku. Sebab aku kalau dok rumah, dia asyik bebel itu ini. Suruh aku buat benda yang aku tak suka. Aku rasa rimas.

Tapi mak aku selalu la nasihat, jangan macam tu jangan macam ni. Mak aku memang layan aku sangat baik dan manjakan aku. Kalau mak aku atau adik perempuan aku cakap apa-apa, biasanya aku dengar. Sebab dalam rumah dengan 2 orang ni ja aku rapat.

Sebab tu bapak aku tak suka. Dia kalau boleh jangan sapa-sapa pun rapat dengan aku. Kalau mak aku masak lauk favourite aku, bapak aku akan perli. Dalam rumah ni dia ka bagi duit untuk beli lauk. Asyik-asyik lauk hat dia suka ja hang masak.

Bagi la anak emas hang tu makan sedap-sedap, tu yang makin berlemak dia tu. Tapi mak aku tak peduli apa bapak aku cakap. Dia tetap sayang aku walaupun bapak aku tak suka. Dia akan kata anak abang jugak kan. Dulu ikutkan aku malas nak habis sekolah, tapi sebab mak aku ja aku habis spm. Walaupun spm aku biasa-biasa ja.

Dapat keputusan bapak aku suruh pi giat mara belajar kemahiran. Tapi aku tak mau. Aku kalau benda yang aku suka pun, kalau benda tu dari mulut bapak aku, aku tak akan buat. Aku rasa macam jatuh eg0 kalau dengar cakap dia.

Aku dah besar-besar ni dia dah tak pukuI, tapi macam tu la. 2a jam bebel dan sentiasa maIukan aku depan orang. Kadang-kadang dok mengadu kat orang, apa la nasib aku. Anak lain semua elok, hat ni satu jadi buah busuk.

Dia sengaja cakap depan aku nak sakitkan hati aku. Hat tukang bekap dia pun konon-konon pujuk la dia. Biasa la buah mana elok semua, mesti ada satu dua hat rosak. Kat rumah kami ni pun ada jugak hat tak berjenis macam tu.

Sebabkan aku tak mau pi giatmara, bapak aku tanya kat mak aku. Habis tu dia nak jadi apa. Memang style kami bercakap guna perantaraan mak aku, tapi aku akan ada kat situ. Aku kata cek nak pi kerja. Cek tak minat belajar.

Bapak aku pun, hah baguih jugak la macam tu dari buang duit hantar hang belajaq, hang bukan belajaq pun. Suruh dia masuk tent3ra, biar dia jadi manusia. Aku terus kata cek nak jadi rider mak. Cek nak duit beli motor. Bagi pinjam, nanti cek bayar balik. Buat agrement pun tak pa. Rider pun gaji 2-3 ribu mak, bukan kerja tak elok.

Bapak aku pun, hah baguih la, aku memang dah rasa dah. Dia ni memang akan pilih untuk merempit. Memang hat tu la dia layak. Benda tak dak masa depan. Dah tulis kat dahi dia dah. Kalau hat tu yang dia nak, aku tak akan bagi 1 sen pun.

Suruh dia usaha buat sendiri apa dia nak. Biar dia tau susah payah cari duit tu macam mana. Hang kata apa tadi, buat agreement? Agreement tengk0rak hang. Hang ada apa nak sandar kat aku. Ada pun kepala *** hang ja.

Tu pun tak tau laku ka dak. Agreement konon. Tu sebab orang suruh belajar elok, supaya otak tu cerdik sikit. Macam tu la kalau dia dapat peluang nak maki aku. Kaw-kaw dia bagi. Sebab bapak aku tak mau bagi pinjam duit, so lepas spm aku pi kerja 3 tempat.

Pagi-pagi aku tolong kat market jual ayam. PukuI 7 sampai 12. Lepas tu aku balik rumah tidur. Malam aku pi tolong kawan meniaga burger. Kalau hari sabtu ahad, aku tolong sedara kawan aku meniaga bihun sup kat pasar malam.

Kerja aku buat tu semua gaji hari. Pi kerja ada gaji, tak pi tak dak. Tapi aku rajin kerja sebab aku dok himpun duit untuk beli motor. Sebelum tu aku daftar lesen motor siap-siap supaya mudah aku beli motor. Aku dah suka kerja macam ni, rasa gaji banyak, cumanya tak dak gaji tetap dan tak dak epf.

Sebab tu aku nekad nak kerja dispatch. Pakcik kepada kawan aku nak rekomen. Kerja tu ada gaji tetap bulan. Ada epf socso. Biar bapak aku nampak, aku pun boleh ja dapat kerja tetap walaupun spm aku teruk. Tapi gaji setiap hari tu aku bagi mak aku 30 sehari.

Supaya bapak aku dah tak boleh cakap dah, lauk hat aku makan tu dari duit dia. Aku siap pesan kat mak, beli lauk pakai duit cek tau jangan pakai duit abah. Sebab gaji aku sehari tak campur gaji pasar malam tu dapat la dalam 60 ke 70 macam tu. Ikut la budi hati bos kadang-kadang dia bagi lebih.

So masa tu aku rasa banyak dah. Lepas tolak duit bagi kat mak 30, tolak duit lesen, baki aku simpan untuk beli motor. Pastu duit gaji pasar malam tu dapat 100 untuk 2 hari. So setiap minggu aku bagi adik aku 50 buat belanja sekolah.

Aku kata jangan ambik duit abah, kata abang dah bagi dah. Yang baki tu aku simpan buat belanja topap dengan bayar kawan sebab aku tumpang motor dia pi kerja. Setiap kali aku pi kerja balik kerja, bapak aku selalu tengok aku macam tak puas hati.

Bapak aku sebenarnya tak akan tidur selagi aku tak balik. Dia akan duduk kat hall tengok tv tunggu aku balik. Sebab apa dia tunggu, sebab dia nak bebel apa-apa kat aku. Baru dia boleh tidur lena. Tapi dia dah tak boleh paksa aku dah sekarang ni.

Aku jenis akan buat apa yang aku suka. Kebenaran dari dia dah tak pakai untuk aku. So aku akan tengok tv sampai 3 pagi ka, 2 pagi ka. Asalkan aku puas hati sebab dapat sakitkan hati dia. Ada sekali tu aku tertido kat hall. Bapak aku bising kat mak aku.

Anak emas hang ni kalau nak kerja pun biar la bertangungjawab sikit. Ni dah pukoi 9 dok lena lagi. Orang market pukuI 6 pagi buka dah. Tak reti nak pi kerja awai. Tu la kalau malam balik tido awai boleh la bangkit awai. Ni tido 2-3 pagi. Mau liat nak bangun.

Kalau macam ni perangai, tak lama lagi orang buang dia. Kerja tak dak disilplin. Terk3jut tergempaq aku bangun kelam kabut nak pi kerja bila dengar bapak aku sebut pukuI 9 pagi dah. Tapi aku tengok suasana rumah macam pelik ja.

Mak aku dalam telekung, adik aku macam baru bangun tido. Aku tengok jam pukuI 5.15. Auto aku tengok kat luar, gelap. Pastu dengar azan. Baru aku tau tu 5 pagi, bukan 9 pagi. Hare betoi bapak aku kenakan aku. Masa ni kan, dia bagi 1 senyuman sinis kat aku.

Seolah-olah dia menang perang dengan Iawan musvh seorang diri. Terus aku blah masuk bilik. Rasa malu sangat sebab rasa macam aku yang kalah dalam medan perang tu. Kalah dengan bapak aku pulak tu. Adik aku pun sampai gelak kat aku.

Ada la bapak aku bebel apa tah lagi, tapi aku cuma dengar mak aku kata. Abang ni kalau sehari tak kacau dia tak sah kan. Mujur la mak aku selalu bekap aku. Kalau tak mau aku kemurungan dengan perangai bapak aku ni.

Nak jadi cerita, hari tu bapak aku jual harta apa tak tau la. Dia bahagi-bahagi kat semua anak. Tapi kat aku dia tak bagi. Pastu mak aku bising la. Mak aku kata kena adil. Abang nak jawab apa kat akhirat nanti. Bapak aku kata, biar abang simpan bahagian dia. Kalau bagi dia sehari ja habis.

Nanti-nanti ke depan kot dia nak kahwin ka apa ka. Ada simpanan ni. Tapi mak aku kata, dia dah besar dia tau la urus diri. Jangan la buat dia macam tu. Pastu mak aku mai bagi 10 ribu cash kat tangan aku. Mak kata ni duit atuk aku lepas jual tanah.

Atuk suruh bedak kat anak cucu. So ni bahagian aku. Mak kata zam nak beli apa beli la, tapi jangan guna untuk benda haram. Mula tu aku tak mau ambik. Aku kata cek tak mau la duit dari harta dia. Satgi dia mengungkit ja. Tapi sebab mak aku kata tu duit atuk aku. So aku ambik la.

Apa lagi, esoknya aku pi booking motor baru honda respol 125 campur dengan duit simpanan aku. Sebab aku tak sabar nak kerja tetap. Yang penting geran dalam tangan. Bila motor baru dah sampai, mendidih terus bapak aku.

Dia mengamuk kaw-kaw kat mak aku. Dia kata sebab ni la aku tak mau bagi duit kat dia. Tengok betoi dak aku cakap, sehari ja dia habiskan duit sebanyak tu. Macam nak kena heart attack aku tengok bapak aku mengamuk masa tu. Sikit lagi aku rasa nak kena Iibas dengan tali pingang dia.

Tapi semua orang tenangkan bapak aku. Aku kata la dah mak kata nak beli apa pun boleh. Cek beli motor cash tak dak hutang, senang nak pakai kerja. La ni dok tumpang orang susah. Bapak aku baIas, dia habis duit tu beli makan pun aku tak kata apa. Tak sakit hati macam ni. Ni dia pi beli motor. Habis la anak hang ni. Melingkup la lepas ni. Merempit tak tentu hala. Tak akan jumpa rumah dah untuk balik.

Dan macam-macam lagi la dia bebel. Satgi kena tangkap polis la apa la. Macam-macam la dia tu. Macam meracau pun ada. Sebenarnya duit ada lagi baki 5 ribu. Aku dah bagi kat mak aku suruh simpan. Tapi sebab nak sakitkan hati dia, start esoknya aku sengaja pi beli makanan mewah-mewah. Pizza, kcf, sushi. Benda aku tak makan pun aku beli.

Sebab duit baki gaji kan ada banyak, sebab tak payah simpan untuk motor. So mewah la aku. Sebab aku tau mesti dia lagi mendidih tengok aku makan mewah. Yes, aku berjaya sakitkan hati dia. Dia kata kat mak aku, hang tengok anak emas hang ni.

Dok beli makan tah apa-apa, kat rumah hang masak susah-susah, awat makan tu tak jadi manusia ka. Ni makan benda mengaraut, buang duit ja. Kat rumah makanan bagus ada tak mau makan. Aku tak tau nak kata apa dengan dia ni.

Tapi kali ni baik punya mak aku bekap. Abang jugak kata kan, dia beli makan pun abang tak akan kata apa, asalkan jangan buang duit tak tentu hala. Sekarang abang marah pulak. Terus bapak aku terdiam. Masa ni aku baIas balik senyuman sinis kat dia yang dia bagi hari tu. Rasa dah 1 sama balik.

Ok la aku tulis sampai sini saja la. Kalau dapat sambutan, aku sambung lagi kisah cinta aku yang bapak aku hancurkan. Sedih ooo. Sebenarnya kawan aku yang cadangkan aku tulis kisah aku kat sini. Dia kata dalam ni ramai orang suka baca dan komen yang jujur.

Kawan aku kata aku dari dulu pandai ayat. Sebab tu awek cepat sangkut dengan aku. Ya memang betoi, aku dulu kelas sastera. Aku dapat B dalam sastera dan bahasa melayu. Jadi dia suruh gunakan bakat aku ni cari duit lebih.

Jadi kalau orang suka cerita aku ni, nanti aku sambung lagi hal seterusnya tu. Lepas tu boleh la aku terbit novel aku sendiri. Nanti kalau aku dah jadi penulis novel yang berjaya, mesti dapat kalahkan bapak aku. Mesti dia akan malu sebab dia selalu kata aku tak akan jadi manusia kalau tak dengar cakap dia.

Jadi aku nak buktikan cakap dia tu tak betoi pun. Oh maaf sebab panjang, novel kan kena panjang. Terima kasih semua. Jumpa lagi, jaga diri, bye. – Zam (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Umi Khalsum Hamid : Sumpah syok aku baca confession nihhh. Faham sangat perasaan confessor bila kita ni bukan anak favourite. Hahaha tapi syok oooo boleh balaih camtu. Aku tergelak-gelak baca woii. Tapi aku yakin jauh di sudut hati masing-masing mesti sayang antara satu sama lain.

Ayah confessor sebenarnya amik berat dan sayang. Kalau dak takkan membe nak tunggu sampai tengah malam kan semata nak beletiaq. Hahaha kenangan sungguh. Tolong laaaa sambung

Faa Risha : Banyak point nampak bapak sayang kat anak. Anak tak balek kol 9 bapak dah risau, suruh mak yang call. Anak tak balek 1-2 pagi bapak tunggu tengok tv, pastikan dia nampak anak dia sampai rumah pukuI 2-3 pagi tu. Kalau hang kerja merantau, confirm bapak hang rindu nak bergaduh dengan hang.

BACA: Patutlah ramai lelaki berkumpul di Instagram Sophia Al Barakbah, rupanya ini gambar yang dia letak