SIAPA yang tak seronok jika terjumpa jumpa duit syiling? Apatah lagi di halaman rumah.
Sudah tentulah tangan akan pantas mengutip tanpa memikirkan ia sebenarnya boleh menjadi bahaya kepada diri sendiri
“Puncanya kutip duit tepi jalan jer…sampai meninggal dibuatnya!” Hati-hati kutip wang tidak diketahui pemiliknya
termasuk berkemungkinan sihir yang dilakukan manusia tidak bertanggungjawab.
Seperti dikongsi pengguna Twitter @Anyieljr atau Dean, ketika ini terdapat pelbagai cara digunakan untuk menyihir orang sehingga adakalanya diri sendiri tidak perasan mengenainya.
Syiling yang dijumpai mungkin telah disihirkan untuk menyeksa orang yang mengambilnya.
“Sebagai contoh, anda nak masuk kereta tiba-tiba ada syiling di atas lantai sebelah kereta, sedangkan semasa turun kereta tiada pun di situ.
“Anda nak keluar rumah, tiba-tiba ternampak duit syiling di hadapan rumah. Jangan terus ambil ya. Zaman sekarang orang nak sihir, macam-macam cara,” tulisnya.
Jelasnya, kebiasaannya sihir itu adalah perbuatan khianat apabila duit syiling disaluti tanah kubur.
Kesannya jika mengutip duit syiling yang telah disihir? Merana satu badan, malah apabila tiba waktu malam badan akan rasa berdenyut-denyut sampai seseorang menangis menahan kesakitan.
Puncanya kutip duit tepi jalan jer… sampai meninggal disebabkan kena rasuk. ‘benda’ itu marah dan tidak mahu meninggalkan jasadnya.
ASYRAF
Pendedahan Dean itu turut mendapat perhatian pengikutnya dan ada di antara mereka memberitahu terdapat ahli keluarga yang pernah terkena sihir akibat mengutip duit syiling di atas lantai.
Asyraf menceritakan bagaimana ada ahli keluarganya yang meninggal dunia disebabkan perbuatan syirik selepas mengutip duit yang dijumpai di tepi jalan.
Bukan sahaja dirasuk malah ‘benda’ tersebut bertindak ganas dan enggan meninggalkan jasad sehingga saudaranya itu meninggal dunia.
“Puncanya kutip duit tepi jalan jer… sampai meninggal disebabkan kena rasuk. ‘benda’ itu marah dan tidak mahu meninggalkan jasadnya,” katanya.
Manakala individu bernama Hidayah pula memberitahu, bapanya pernah mengalami perkara serupa namun bukan mengutip syiling tetapi mengalihkan dua biji ibu lesung yang ditinggalkan di tapak mereka sekeluarga berniaga.
Pelbagai cara digunakan untuk menghantar sihir.
“Tidak tahu siapa yang meletakkan dua biji ibu lesung itu, tetapi ia masih baru dan mempunyai tanda harga. Lepas Abah alihkan, tangannya tidak boleh di angkat,” katanya.
Sementara itu, Dean memberitahu sekiranya tiada sebarang keyakinan diri dan doa-doa pendinding diri, sebaik-baiknya jangan sesekali cuba menyentuh syiling atau wang yang dijumpai.
Dia turut menyarankan agar mengambil satu jag air dan tiga biji limau nipis yang diperahkan ke dalam air, segenggam garam kasar dilarutkan bersama air dan limau.
Kemudian membaca Surah Yunus ayat 81-82 sebagai doa pembatal sihir dan menyiram air di tempat terletaknya syiling yang dijumpai.
“Insya Allah dengan izin Allah sihir itu akan terbatal,” katanya.