Pusat Khidmat Bukit Mertajam rangka program untuk penduduk jana pendapatan

Pusat Khidmat Bukit Mertajam rangka program untuk penduduk jana pendapatan

Pusat Khidmat Ahli Parlimen Bukit Mertajam telah merancang satu program bagi membantu mereka yang telah hilang pendapatan semasa tempoh PKP berkuatkuasa.

Projek yang di namakan Program Kuih Raya I ❤ BM adalah projek mencari seramai 30 keluarga yang tinggal di dalam kawasan parlimen Bukit Mertajam untuk mereka menambahkan pendapatan sebagai persiapan menjelangnya hari raya tidak berapa hari lagi.

Program anjuran Pusat Khidmat Parlimen Bukit Mertajam ini akan membuka peluang kepada 30 keluarga yang mahu menyertainya di mana mereka akan di beri modal sebanyak RM500.00 sebagai bantuan untuk mereka membeli bahan keperluan membuat kuih.

Setiap keluarga akan membuat sebanyak 100 balang kuih raya dengan harga RM20.00 setiap balang dan pihak Pusat Khidmat Ahli Parlimen Bukit Mertajam akan membeli kesemua 100 balang tersebut dengan harga RM2,000.00

Kami mensasarkan sebanyak 3,000 balang kuih raya dalam projek ini di mana ke semuanya kuih raya ini akan di agihkan kepada frontliners di Hospital BM, PDRM, APAM, RELA, JKM dan sebagainya sebagai penghargaan kepada mereka melindungi Rakyat Malaysia sepanjang PKP.

Anda boleh turut serta, dengan membeli kuih Raya I❤BM ini. Dan setiap balang yang dibeli, kami akan meletakkan nama anda sebagai penyumbangnya.

Hubungi saya di talian 010-5136533 untuk saya turun berjumpa anda terlebih dahulu sebelum di terima menyertai program ini.

Nama Projek : Program Kuih Raya I ❤ BM

Objektif : Membantu golongan yang hilang pendapatan akibat tidak boleh berniaga atau bekerja semasa tempoh PKP ini sebagai duit belanja hari raya.

Sasaran : Orang melayu yang tinggal di dalam kawasan parlimen Bukit Mertajam sahaja di utamakan kepada 1- Keluarga anak angkat Pusat Khidmat BM / 2- Ibu tunggal. / 3- Peniaga kecil yang tidak dapat berniaga semasa PKP / (sila bagi cadangan lagi)

Syarat :

Kebersihan di dalam rumah paling di utamakan
Saya akan turun sendiri melawat rumah mereka yang mahu menyertai projek ini untuk menilai dari segi kebolehan, kebersihan dan kelayakan.
Tempat tinggal di dalam kawasan parlimen Bukit Mertajam
Semua kuih mestilah di masak sendiri tanpa boleh menjadi orang tengah atau membelinya di pasaran lalu menjual semula kepada kami.
Semua kuih mestilah di balangkan mengikut saiz yang di persetujui bersama termasuk melekatkan stiker yang akan kami sediakan.

Insentif

Setiap seorang yang menyertai program ini akan membuat sebanyak 100 balang kuih raya dengan nilai RM2,000.00
Setiap seorang pembuat kuih akan di bekalkan modal sebanyak RM500 untuk kepeluan membeli bahan membuat kuih.

Sumber :