Pusat khidmat Parlimen Kota Raja telah mengadakan sumbangan bantuan khas berupa makanan asas sempena Perintah Kawalan Pergerakan yang diumumkan oleh kerajaan baru-baru ini.
Bantuan khas keperluan asas ini diberikan kepada mereka yang benar-benar memerlukan dalam tempoh penguatkuasaan PKP ini. Sebelum ini, Pusat Khidmat Parlimen Kota Raja menggunakan kaedah Grab untuk menghulurkan bantuan.