Pusat Sembelih Ayam dipenuhi lumut, daki diarah tutup

Pusat Sembelih Ayam dipenuhi lumut daki diarah tutup

Pusat Sembelih Ayam dipenuhi lumut, daki diarah tutup. Sebuah pusat penyembelihan ayam di Desa Tun Razak, Cheras diarah untuk tutup kerana didapati beroperasi dalam keadaan kotor dan menjijikkan dalam satu operasi yang dijalankan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada Selasa lalu.

Menurut Sinar Harian, Facebook DBKL telah mengeluarkan kenyataan bahawa pemeriksaan yang dijalankan pada jam 1 pagi itu mendapati lantai dan dinding ruang proses penyembelihan ayam dalam premis berada dalam keadaan sangat teruk dengan berkarat, berlumut dan berdaki.

Operasi tersebut melibatkan keseluruhan 21 orang anggota bersama agensi sahabat iaitu Jabatan Alam Sekitar (JAS) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL), Indah Water Konsortium (IWK) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).

Difahamkan bahawa, semua pekerjanya juga tidak mendapatkan suntikan tifoid dan gagal mempamerkan dokumen pengenalan diri yang kebanyakan daripada mereka merupakan warga asing.

“Tiada sistem penapisan sisa efluen menyebabkan sisa buangan termasuk darah ayam dialirkan terus ke saliran atau longkang.

Pusat Sembelih Ayam dipenuhi lumut daki diarah tutup

Tandas premis tersebut juga kotor dan tiada kelengkapan asas. Malah ayam diproses dan diletakkan di atas lantai,” menurut kenyataan Facebok DBKL pada semalam.

Kompaun juga telah dikenakan dikeluarkan kepada premis tersebut di bawah Undang-Undang Kecil 23(3)(b)- UUK Pelesenan Petempatan Makanan (WPKL) 2016 dan Seksyen 47 (1)(d) Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974.

BACA:

Kena kecam pakai ‘outfit’ cecah RM600K, Cik B sekolahkan balik netizen

Nuha Bahrin akhirnya dedah hubungan istimewanya dengan Naufal, “tahniah!”

Lelaki balik bawa bini baru selepas jual buah pinggang isteri

 

CATEGORIES