Kali terakhir Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah melakukan lawatan rasmi ke Kuala Lumpur adalah pada bulan Mac 2019
sempena menghadiri Rundingan Pemimpin Tahunan ke-22 antara Malaysia dan Brunei.
Ini bermakna dua orang Perdana Menteri Malaysia terdahulu iaitu Tan Sri Muhyuddin Yassin
Datuk Seri Ismail Sabri juga tidak berkesempatan untuk menerima kunjungan Baginda sepanjang pemerintahan mereka; lebih-lebih lagi disebabkan penangan pandemik Covid-19.
Lalu apabila Sultan Hassanal Bolkiah melakukan lawatan khas Baginda ke sini semalam untuk menemui Perdana Menteri baharu Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim, tumpuan media tempatan terus terarah kepada kehadiran Baginda yang disertai oleh anakanda, Pangeran Muda Abdul Mateen Bolkiah.
Tambah mengujakan apabila Sultan Hassanal Bolkiah berkenan membuat kejutan memandu sendiri kereta jenama BMW Baginda untuk membawa Pangeran Mateen dan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersamanya.
Putera Mateen kongsi gambar bersama Anwar, gadis melayu jadi teruja tengok
Perjalanan penuh kasual kedua-dua pemimpin itu dari Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Subang me Seri Perdana, Putrajaya itu diiringi pasukan keselamatan bermotosikal dan berkereta.
Pangeran Mateen Kongsi Foto Bersama Anwar Ibrahim Setelah Ayahanda ‘Pick Up’ PM
Malam tadi, Pangeran Mateen sempat berkongsi foto yang menampakkannya bersama Sultan Hassanal Bolkiah dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Haa, agak-agak apa yang dibualkan oleh pemimpin berusia 75 tahun itu dengan pewaris Kesultanan Brunei terbabit?
Mungkin sekali ia berkaitan dengan idea dan usul aktiviti akan datang yang melibatkan Brunei dan Malaysia.
BACA:Dah tak payah pergi bank semata-mata nak tukar kad ATM, ini cara paling cepat tak perlu beratur