Puteri Balqis sekolahkan balik netizen bila dituduh ‘betina sundal’

Puteri Balqis sekolahkan balik netizen bila dituduh ‘betina sundal’

Puteri Balqis sekolahkan balik netizen bila dituduh ‘betina sundal’. Nama pelakon remaja berbakat besar, Puteri Balqis sebelum ini menjadi perhatian ramai disebabkan penampilannya yang semakin berani dan seksi.

Penampilannya itu telah menimbulkan rasa kurang senang peminat sehingga ada yang menggelarnya sebagai “betina sundal”.

“Memang macam betina sundal pon puteri balqis tu. Rupa takde, jual body je la yang mampu.”-Komen netizen

Akui Hanya Manusia Biasa Yang Menjual Buku & Menulis Puisi

Puteri Balqis kemudian membalas komen netizen itu dengan menjelaskan bahawa dia hanya seorang manusia biasa yang terkenal dengan menjual buku dan bijak menulis puisi.

Puteri Balqis sekolahkan balik netizen bila dituduh 'betina sundal'

“Mana ade sundal. Biashe biashe je. Selain takde rupa dan menjual bodu, saya juga terkenal dengan menjual buku dan bijak menulis puisi.

Side income bro, nak hidup. Kang masuk Bersamamu lagi sekali, kau gak yang bising.”-Balas Puteri Balqis

Dituduh Berjoget Di Khalayak Ramai

Dalam pada itu, Puteri Balqis turut menjawab tuduhan netizen yang menyatakan dia pernah berjoget di khalayak ramai.

“Saya tidak pernah lagi berjoget di khalayak ramai. Ya, belum pernah. Tetapi jika diberi peluang, saya akan cuba sedaya upaya untuk berkolaborasi dengan baby shima.

Siapa tahu gelekan saya lebih padu.”-Balas Puteri Balqis

Terdahulu, Puteri Balqis pernah menitipkan pesanan buat haters yang telah mengecam ibunya suatu ketika dahulu. Tambah Balqis, dia turut mempersoalkan adakah mereka yang tidak menyukainya akan melihat mereka sebagai ahli keluarga dan bukan sebagai orang asing.

BACA:

“Lepas ni tak nak dah”, Ayda Jebat akhirnya buat keputusan mengejutkan ini

UM nafi curi penyelidikan pelajar, dakwa calon PHD tu gagal tamatkan pengajian

Konsert BlackPink: PU Syed bidas Nabila Huda

CATEGORIES