Sebuah mahkamah memerintahkan seorang wanita di daerah Kanungu agar membayar wang pampasan
sebanyak AS$2,700 (RM11,517) kepada bekas tunangnya kerana melanggar perjanjian untuk berkahwin.
Menurut Badan Penyiaran British (BBC), bekas tunang wanita berkenaan, Oga Richard Tumwine,
sebelum ini telah membayar sebanyak AS$2,550 (RM10,877) kepada defendan, Fortunate Kyarikunda untuk menduduki kursus pengajian undang-undang.
Justeru, wanita tersebut terpaksa membayar balik wang serta yuran guaman selepas Tumwine mengemukakan saman ke atasnya.
Rekod mahkamah menunjukkan Tumwine dan Kyarikunda masing-masing bertugas sebagai guru yang memulakan hubungan cinta pada 2015 dan kedua-dua mereka berjanji untuk berkahwin pada 2018.
Mahkamah juga mendengar bahawa Tumwine menjadi guru untuk menyokong perbelanjaan Kyarikunda dari segi kewangan dan menajanya untuk program diploma dalam bidang undang-undang.