“Rahsia suami terbongkar, aku pukul suami depan anak, rupa-rupanya selama ini kerja suami belakang aku”.
Nama saya Siti, akan menginjak usia 30 tahun ini. Saya sudah berkahwin pada tahun 2016 dan dikurniakan seorang anak perempuan yang berumur 3 tahun.
Hidup saya biasa biasa saja. Saya bekerja di sektor swasta.
Alhamdulilah, rezeki saya dalam kerjaya adalah sentiasa membanggakan, ini menjadikan saya seorang yang sentiasa sibuk dan penat.
Tapi niat saya ikhlas untuk membantu suami menampung hidup kami, memberi yang terbaik untuk anak saya dan juga ibu bapa saya.
Suami saya bernama Mamat. Di awal perkenalan kami, dia adalah seorang yang sangat baik, lucu, mengambil berat dan hormat pada orang tua. Dia juga bekerja di sektor swasta dan waktu bekerja adalah tidak tetap. Kami tidak bercouple lama sebelum berkahwin.
Selesai perbincangan di antara keluarga kami pun berkahwin. Proses perkahwinan kami adalah sangat rumit dan penuh drama kerana masalah keluarga di pihak saya.
Tapi saya tidak mahu bercerita tentang itu. Cukuplah untuk kamu tahu bahawa, ibu bapa saya berkorban tenaga, wang, perasaan dan maruah mereka untuk perkahwinan kami. Alhamdulillah semua selesai.
Kerjaya saya memerlukan saya sentiasa outstation setiap bulan. Begitu juga suami saya. Oleh kerana kekangan masa, kami jarang ada masa untuk beriadah bersama. Bila saya ada di rumah, suami pula sibuk dengan kerja part timenya atau pun pergi melepak dengan kawan.
Dan mungkin kerana itu juga, kami mengambil masa hampir setahun untuk saya berjaya pregnant. Alhamdulillah, anak kami lahir pada lewat tahun 2017. Semua orang sangat gembira terutamanya ibu bapa saya.
Saya? Saya juga gembira. Tapi di dalam hati saya, saya tahu ada sesuatu yang kurang cuma entah apa.
Saya berpantang di rumah ibu bapa saya di daerah lain. Suami saya pula di daerah lain. 8 jam jalan darat, 1 jam menaiki kapal terbang.
Selama saya berpantang, hanya 2 kali suami datang melawat sedangkan untuk beliau datang seminggu sekali menaiki kapal terbang adalah bukan masalah besar kerana saya tahu, dia mampu.
Cuma dia tidak mahu berusaha untuk mencari masa. Tapi saya sabar dan positif. Saya kembali bekerja setelah 2 bulan cuti berpantang.
Saya terpaksa meninggalkan anak saya bersama ibu bapa saya kerana saya harus kembali kerja outstation. Berat hati saya, menangis setiap malam mengenangkan anak yang jauh.
Anak saya masih menyusu badan. Saya balik ke kampung setiap minggu untuk menghantar bekalan susu. Suami saya? Tidak ada usaha untuk balik melawat anaknya dengan alasan sibuk bekerja.
Anak saya membesar dengan kasih sayang datuk nenek sahaja. Saya hanya balik d hujung minggu. Dan ayahnya? Sibuk berkerja katanya, tapi tidak juga kaya.
Setiap hari saya mencari idea bagaimana saya boleh membawa anak saya untuk tinggal bersama saya. Berusaha mengatur jadual kerja saya. Suami saya? Masih tiada usaha. Katanya rindu anak, tapi terlalu sibuk pula untuk menjenguk anak.
Kadang kadang saya terpaksa memaksa beliau untuk balik kampung bersama saya. Saya juga berusaha merancang percutian untuk kami bertiga agar kami dapat meluangkan masa bersama.
Saya berasa sedih melihat anak saya sangat gembira apabila ayahnya ada bersama dengannya. Dia pastinya rindu, dia pastinya dahagakan kasih sayang seorang ayah.
Setelah anak saya berumur setahun lebih, saya mengambil keputusan untuk mengambilnya tinggal bersama kami. Saya berusaha mencari tempat untuk saya tinggalkan dia ketika waktu bekerja dan akan menghantarnya ke kampung sebelum saya pergi kerja outstation.
Suami saya? Katanya, dia okay saja. Tiada usaha, tiada ketegasan, tiada pernah membuat keputusan. Semakin hari saya menjadi semakin tertekan, kerana semua tanggungjawab di bahu saya.
Saya bekerja mencari rezeki untuk menampung keluarga kerana suami saya tidaklah bergaji besar dan walaupun dia sentiasa sibuk bekerja part time, semuanya sentiasa tidak cukup. Sayalah yang menyediakan 70% keperluan saya dan anak saya.
Saya juga mempunyai banyak kerja untuk diselesaikan di pejabat. Apabila balik ke rumah, saya juga yang mengemas rumah, menyediakan makanan untuk anak, mencuci pakaian kotor, melayan anak dan macam macam lagi.
Suami hanya balik lewat malam. Dan walaupun dia balik pukul 10pm, dia akan sambung melepak lagi dengan kawan kawannya. Dia sentiasa tiada untuk kami.
Perangai suami saya yang tidak memberi prioriti kepada keluarga menjadikan saya seorang yang overthinking.
Dia juga tidak memberi perhatian kepada saya. Saya sudah sampai ke pejabat atau belum? Sudah makan atau belum? Cukup duit atau tidak? Lauk di rumah ada lagi atau tidak? Dia tidak ambil peduli. Semua saya yang selesaikan.
Dia tidak pernah culas memberikan saya nafkah setiap bulan tapi cukup sekadar itu. Banyak kali saya cuba meluangkan masa untuk kami bertiga keluar jalan jalan. Dia akan menjadi stress dan hanya mahu pulang awal.
Nampak sangat dia tidak gembira. Nafkah batin di katil? Sejak dari saya pregnant lagi, jari tangan dan kaki saya lebih banyak bilangannya, haha.
Saya berkecil hati terlalu kerap tapi bila saya meluahkan perasaan saya kepada dia, dia hanya berkata bahawa saya terlalu drama.
Satu hari…. Hati saya terdetik untuk memeriksa telefon suami saya. Dia tidak pernah menyembunyikan telefon dia dan saya tahu passwordnya.
Tapi entah kenapa hati saya berasa curiga lain macam. Saya ternampak nama yang pelik dalam Whatsappnya dan semua hanyalah voicenote.
Saya malas nak buka voicenote, saya pun scroll ke atas dan ada membaca mesej dalam bentuk text. Alangkah terkejutnya saya bila membaca perbualan mereka. Perbualan adalah mengenai anak mereka yang berusia sebulan.
Nama perempuan itu adalah Karen. Non-muslim. Mereka ada anak bersama. Baru berusia sebulan.
Suami saya curang dengan saya dan mengikut pengiraan saya, mereka bersama sudah hampir setahun. Mereka tidur bersama ketika anak saya masih berumur 8-9 bulan.
Mereka bersama ketika saya bekerja outstation mencari rezeki untuk menampung keluarga. Suami saya menipu saya. Selama ini katanya dia sibuk, sibuk berjoli.
Dan saya pula sentiasa mempersoalkan apa kekurangan saya sehingga suami saya tidak mahu melayan saya.
Saya jatuh saya mati. Selepas tahu semua itu, saya menjadi hilang kewarasan. Saya menangis semahu mahunya. Saya memukul suami di depan anak saya sehinggakan dia menangis sehingga tetidur. Saya lupa diri dan bertindak untuk terjun dari tingkat 10.
Suami saya berjaya menarik saya. Selang 3 hari.. Saya dimasukkan ke hospital pskiatri untuk mendapatkan bantuan.
Saya berjumpa dengan perempuan itu dan ibunya di balai polis. Saya mengenali perempuan itu. Dia juga kenal saya daripada zaman saya belum kahwin, sudah kahwin, sedang mengandung sehinggalah saya sudah bersalin.
Sampai hati seorang perempuan mengkhianati kaum sejenis. Mungkin kiranya dia fikir suami saya kaya. Melihat saya shopping itu ini. Melancong sana sini. Tapi semua itu duit saya sendiri.
Apa pun niat dia, dia tetap salah kerana dia tahu itu adalah suami orang dan ada anak yang sangat kecil! Katanya Mamat telah menghancurkan hidup dia dan anaknya.
Katanya dia silap memilih ayah untuk anaknya. Katanya Mamat adalah lelaki yang tidak bertanggungjawab. Dia juga dengan sengaja menamakan anaknya lebih kurang dengan nama anak saya.
Bagaimana dengan hidup saya dan anak saya? Anak saya anak yang sah. Kenapa dia memilih untuk tidur dengan suami orang kalau dia tidak mahu anak dia jadi anak haram yang tidak ada bapa?
Dan kenapa dia meminta duit dengan suami orang yang sepatutnya bertanggungjawab untuk isteri dan anaknya yang sah?
Berlakon sebagai mngsa keadaan di hadapan semua orang sedangkan apa yang dia hadapi adalah di atas dasar nfsu binatang dia sendiri, melemparkan maruah kepada suami orang.
Karen, kalau kau membaca confession ini, satu dunia judge engkau. Perempuan murahan tidak sedar diri. Aku tidak pernah memaafkan kau dan semua orang yang bersubahat dengan kau. Betina kejam!
Saya mengamuk seperti orang tidak waras. Saya tidak makan dan minum. Saya hanya menangis siang dan malam. Saya tidak pergi kerja. Saya tidak bercakap dengan sesiapa. Saya hantar anak saya di kampung kerana saya tidak mampu menjaga diri sendiri apa lagi anak saya.
Setiap minggu saya akan berjumpa dengan doktor pskiatri. Saya menjadi tidak waras. Saya tidak boleh tidur tanpa mengambil ubat.
Dalam masa yang sama, saya memaafkan suami saya. Begitu besar cinta saya terhadap dia. Sekelip mata saya beritahu dia yang saya memaafkan dia dan memberi dia satu peluang lagi untuk berubah dan memperbaiki semua ini.
Berubah untuk menjadi suami dan ayah yang balik. Dan dia mengangguk menyesal, katanya. Dan dengan mental saya yang masih bercelaru, saya kadangkala berasa okay.
Kadangkala saya bertukar menjadi bengis dan mula melontarkan kata kata kasar terhadap suami saya. Saya tidak dapat mengawal diri saya. Saya disahkan menghidap Major D3pr3ssion Dis0rder and Bip0lar.
Saya menjadi kurus dan lesu. Saya hilang fokus. Saya sentiasa menyendiri. Suami saya? Hahaha. Katanya mahu berusaha berubah. Cuma seminggu sahaja perubahannya.
Kemudian dia kembali hilang prioriti. Dia lepak dengan kawan, dia balik lewat, dia tidak kisah saya sudah makan ubat atau belum. Dia tidak tanya saya okay atau tidak, dia tidak ambil tahu temujanji saya di hospital.
Dengan keadaan saya yang tidak waras, saya cepat melenting. Dan dia juga tidak tahan dengan saya, kadang kala kami bergaduh teruk kerana saya sentiasa akan mengungkit perbuatannya.
Dia sangat marah jika saya mengungkit kesalahannya. Tapi bagaimana saya mahu lupa?
Suami saya tidak berusaha untuk mengambil hati saya. Dia juga banyak kali memberitahu saya bahawa dia hanya mempertahankan perkahwinan kami demi anak sahaja.
Kejam sungguh dia.. Sudah hati saya dia hancurkan dengan kecurangan dia, dia pijak lagi, dia tendang lagi.
Dan saya, si bodoh yang terlalu sayang. Bukan setakat itu, dia memukul saya berkali kali, dia menumbuk muka saya sehingga biru lebam di hadapan anak saya. Dia meninggalkan saya di bandar asing ketika percutian kami semasa hari jadi saya, dan makian?
Anak derhaka, isteri bawa sial, perempuan jahanam itu semua makanan saya. Saya masih si bodoh yang yakin ini akan berakhir dengan kebahagian.
Bagaimana pula dengan penerimaan ibu bapa saya? Hati mereka juga remuk. Tapi mereka berpura pura kuat demi saya. Satu satunya anak mereka disakiti sebegini, hati ibu bapa mana yang tidak hancur? Mereka sangat menyayangi dan mempercayai Mamat.
Mereka berkorban terlalu banyak untuk mengahwinkan kami, tapi ini balasannya. Tapi ibu bapa saya orang yang baik. Mereka memaafkan Mamat walaupun saya tahu, ayah saya sangat marah. Kalau ikutkan hati, dia tidak mahu lagi kami bersama.
Tapi dia juga menghormati keputusan saya untuk terus menunggu dan berjuang mempertahankan perkahwinan yang bagaikan neraka ini.
Bertahun berlalu, saya menahan hati yang lara. Suami masih begitu. Kadang ada kadang tiada. Anaknya sering ter “daddy daddy”, tapi hanya satu ciuman dan dia keluar lagi. Ya kali ini memang tiada sudah perempuan ketiga. Tapi ada lagi benda lain yang tiada.
Kasih sayang. Sayangnya untuk saya memang tiada. Kami sering bertengkar. Benda remeh pun boleh jadi besar. Ugutan untuk cerrai? Tidak sah kalau tidak disebut dalam seminggu.
Saya menjadi semakin berani. Dengan hati yang sudah begini banyak jahitan dan tampalan di sana sini, bagaimana untuk menafikan kekuatan?
Tapi saya masih sayang. Saya masih tanya dia di mana, saya masih sediakan makanan atas meja. Saya belikan telefon barunya sebab kesian tengok telefon dia rosak, saya masih menyediakan baju raya dan kelengkapan lain dan macam macam lagi. Kenapa saya buat semua itu?
Demi Allah, semua kerana cinta dan sayang. Walaupun saya tahu dia masih suami saya hanya kerana tidak mahu malu bercerrai dan juga demi anak kami.
Satu hari, kami bertengkar lagi. Hanya benda remeh. Kerana dia tertinggi suara sedikit dengan saya.
Saya sangat sensitif kerana bagi saya, walaupun dia ketua keluarga, dengan apa yang dia sudah lakukan kepada saya, dia tidak layak untuk meninggikan suara atau pun memarahi saya.
Hati saya sangat sakit. Saya keluar dari rumah sebelum dia yang keluar dahulu. Saya memandu kereta saya ke pantai, tempat pertama dia membawa saya dahulu. Dia tahu saya sangat suka pantai, dan di situ lah tempat pertama kami duduk meluah perasaan.
Saya meluah perasaan saya dengan menghantar text Whatsapp kepada dia. Hanya read. Tiada balasan. Saya share location, dia hanya marah dan terus mengabaikan saya.
Saya seorang isteri yang tersangat terluka, hati saya terlalu hancur dan saya hilang tempat berkongsi perasaan.
Sebelum ini saya ada dia, tempat saya mengadu dan bermanja. Tapi saya hanya ada diri sendiri sekarang. Semua terbuku sendiri.
Kalau diikutkan kemahuan saya adalah untuk bangun dari mimpi buruk ini dan menyedari bahawa semua ini cuma mimpi. Tapi mustahil.
Jadi saya cuma mahu dia datang kepada saya dan meyakinkan saya bahawa semua ini akan berubah, dia akan berubah menjadi suami dan ayah yang baik, dan semua akan menjadi baik semula. Juga mustahil nampaknya…
Ketika saya sampai di pantai itu, saya mengambil sebiji cenggerang dan menggenggamnya.
Sebelum saya meninggalkan pantai itu, saya telah berkata kepada diri saya sendiri. “Di sini semua bermula. Kasih sayang, cinta, kepercayaan dan janji. Di sini juga semua berakhir”.
Saya melemparkan cengkerang itu jauh ke tengah laut dan pergi. Mamat? Dia tidak muncul. Dia tidak memujuk saya. Dia hanya biarkan semua itu berlalu.
Selepas kejadian di pantai itu, saya berasa lebih lega. Saya bertukar menjadi periang. Saya boleh menyanyi lagi. Saya kembali menari. Saya keluar jumpa kawan kawan. Saya tidak menyesakkan dada dengan merisaukan perihal suami saya. Perlahan lahan saya melepaskan dia.
Dia boleh buat apa dia mahu, saya tidak lagi peduli. Perasaan saya semakin hari semakin pudar. Saya lepak dengan kawan saya setiap malam, saya balik lebih lewat daripada dia.
Jika saya balik awal, saya akan pastikan saya sudah tidur sebelum dia balik. Saya berhenti mencuba mengambil perhatian dia.
Tidak lagi penting untuk saya. Saya tidak bertanya perihalnya sepanjang hari kerana saya tidak kisah. Lantaklah kau nak buat apa. Makan minum kerja or ada betina lain, aku tidak peduli.
Saya membeli belah keperluan saya sahaja.. Saya perlahan lahan menyayangi diri saya.
Saya membuat kawan baru. Saya menjadi sangat gembira. Saya adalah Siti yang dulu. Dengan personaliti baru saya yang gembira, berkeyakinan, fokus dan positif ini, saya berjaya mendapat pekerjaan baru yang lebih baik. Alhamdulilah..
FYI, anak saya berada di kampung kerana taska tidak buka sepanjang musim C0vid.
Sekarang…
Hati saya? Tinggal parut dan mungkin ada sedikit calar balar. Tapi saya sudah pasang wayar dari hati direct ke otak haha. Supaya saya boleh membuat keputusan dengan lebih bijak selepas ini.
Cinta? Mungkin sudah tiada. Hanya bertahan kerana anak saya sangat sayang dengan ayahnya.
Saya sudah biasa tersakiti. Jadi, untuk berpura pura menjadi isteri atas kertas bukanlah perkara yang susah. Saya perasan suami saya sudah mulai cuba mengambil hati saya.
Bertanya keberadaan saya setiap hari, call, videocall, membantu membuat pekerjaan rumah, bertanya jika saya masih sayang atau tidak, membelikan hadiah randomly, ucapannya lembut manis dan macam macam lagi. Tetapi semua ini terlalu lambat. Hati saya sudah mati.
Sampai bila saya terus begini? Entah. Jika Allah izinkan, mungkin saya akan terbuka hati untuk jatuh cinta lagi dengan dia, suami saya sendiri.
Atau mungkin akan ada yang lebih baik di masa hadapan? Atau memang saya ditakdirkan untuk hidup tanpa menemui cinta sejati. Biarlah. Yang penting saya sudah happy dan saya akan bekerja keras untuk membesarkan dan melindungi anak saya. Dan saya tahu, saya kuat.
Ada jodoh, adalah. Tiada jodoh, bye bye lah.
Terima kasih.
Reaksi warganet
Baharudin Ricky –
Hmmm. Iyelah tu dah takde hati. Esok lusa tetibe ‘husband menangis merayu kat dan berjanji untuk berubah’. ‘saya maafkan demi anak’ . Dah biasa dah baca confession macam ni.
Betul betul tak faham, suami dah kantoi curang, bukan curang, siap berziina skali, tapi still nak bertahan. Tak jijik ke nak tidur skali dengan penziina tu?
Husband tu selalu je dok terbayang ‘that girl’ even diorang dah tak berhubung, ingat dia senang senang nak lupa ke? Dah pernah ‘main’ skali, semua akan sentiasa dia ingat, masa dan tempat.
Ni lagi pakej anak luar nikah skali, still ‘bertahan demi anak’. Wake up please. Mati ke tanpa lelaki ?
Nur Sumayyah –
Awak pun berhak bahagia.. Awak ada kerjaya dan segalanya. Cari bahagia dengan anak awak sudahlah.
Awak mampu hidup berdua dengan anak awak.
Jika awak tak melayan suami dengan baik, boleh jatuh nusyuz. Bebaskan dari dosa yang tak sepatutnya ditanggung. Semoga ada jalan yang terbaik untuk awak..
Sarah Norazlie –
Macam mana awak boleh kata anak awak sayangkan ayah nya yang hanya muncul beberapa kali dalam hidup dia? Dan jangan hanya meletakkan segalanya pada Allah tanpa usaha utk selamatkan diri sendiri.
You choose to stay, your kind parent is heartbreak, your only child getting confuse, and your husband is the only one who is really enjoy his life. Is it worth it confessor?
Princess Hannah –
Kalau saya lah ditempat puan, since dah terbaca segala msj kecurangan diaorang tu, saya screenshoot dan simpan dalam phone saya sebagai bukti. Pastu pergi mahkamah mintak fasakh.
Puan bekerjaya gaji pun tinggi dan selama ini puan yang lebih bnyak keluar biaya. Mulakan hidup baru bersama anak. Tunjuk Kat suami tu walaupun takde dia puan bole hidup bahagia dann senang. Bahagiakn Diri dan ank dulu pastu pergi bercuti dan so on.
Tapi terpulang pada hak puan lah kalau masih nak pertahankan juga pernikahan Ni demi kerana anak walaupun Hati puan sakit ya boleh teruskan.
Ikine Yusof –
Kesian kat confessor tapi kesian lagi Kat mak ayah confessor yang kena jaga cucu dalam usia yang sepatutnya dah berehat dari bergelumang dengan berak kencing budak.
Budak tengah nak membesar, lasak, active. Larat ke mak ayah yang dah berumur tu nak jaga lagi? Confessor dah happy dengan hidup, shopping itu ini, lepak lepak ngan kawan while parents kelam kabut jaga anak confessor.
Elok elok waktu tu dorang boleh beribadat tanpa gangguan, boleh attend kelas kelas agama terpaksa dilupakan. Tapi sebab tak sampai hati nak cakap dengan confessor dorang diam jelah. Hermmmm…
BACA:
Dah tak tahan lagi, Soffi Jikan akhirnya dedah apa yang berlaku di set sampai Aaron Aziz dibuang
“Harta tu semua mak bapak kau punya! Bukan kau punya!” Puteri Sarah lepas geram terhadap Syamsul?