Rahsia tokei Syukor Burger boleh kaya-raya pada usia muda

Oleh GEMILANGDAILY

Rahsia tokei Syukor Burger boleh kaya-raya pada usia muda. Suami, kalau nak bahagia dalam rumahtangga, nak rezeki datang mencurah-curah, cuba ikut tips abang bagi ni.

Isteri kita Amanah Allah. Layan mereka macam princess, bukan orang gaji, bukan hamba abdi.

Jangan kedekut dengan isteri. Lagi banyak kita belanja isteri, lagi banyak Allah bagi rezeki.

Jangan bertengkar, maki, tinggikan suara di khalayak ramai. Jaga air muka isteri.

Rahsia tokei Syukor Burger boleh kaya-raya pada usia muda

Jika berlaku salah faham, cepat-cepat betulkan keadaan. Jangan biarkan communication breakdown jadi barah dalam perhubungan.

Kalau isteri merajuk, cepat-cepat pujuk. Lumrah wanita memang suka dipujuk rayu. Ini tidak, bila isteri merajuk, suami buat bodo dia je.

Semua orang tak sempurna. Simpan rahsia dalam kelambu. Jaga aib pasangan masing-masing. Jangan duk luah perasaan dekat kawan-kawan lain, terutama kawan perempuan. Depa tunggu masuk jarum je tu.

Jangan cemburu buta. Tak tahu, tanya. Jauhi buruk sangka, Allah murka.

Kalau makan hati, kecil hati, tak usah pendam. Lama-lama sendiri jadi gila. Luahkan. Kalau kita tak luahkan, pasangan pun taktau.

Kalau isteri masak tak sedap, tegur dengan penuh hemah, jangan sampai mental dia koyak. Kalau tak tegur, sampai mati kau makan tak sedap.

Kalau rasa isteri tak comel, tak cantik lepas kahwin, hantar dia pergi spa, pergi facial, pergi saloon, pergi gym. Bukan cari perempuan lain. Makeup kereta mahal-mahal boleh, rim standard 15″ tukar rim 20″ boleh, takkan makeup isteri tak boleh.

Sekian tips dari abang Syukor, ikon suami mithali peringkat daerah 11 tahun berturut-turut

BACA: “Mohon pejabat agama take note”, selain versi Roadtax digital, netizen gesa sijil nikah versi digital

“Beri pinjam, jual dan seumpamanya kepada rohingya”, kompaun pemilik asal dah tak jalan, akan dikenakan tindakan tegas JPJ