Raja bomoh hadir di lokasi tanah jerlus buat ramai kurang senang hanya sempat renjis air ‘jampi’

Oleh ISMAIL YAHYA

Kehadiran raja bomoh atau nama sebenarnya, Ibrahim Mat Zin kelmarin mengundang perhatian pengamal media apabila hadir di lokasi kejadian tanah jerlus di Masjid India.

Raja Bomoh itu memaklumkan kehadirannya ke lokasi kejadian adalah untuk membantu usaha mencari mangsa yang masih belum ditemui sehingga kini.

Bagaimanapun selepas berita tersebar berkenaan kehadirannya, ramai yang memberi reaksi kurang senang sekaligus menimbulkan kegelisahan umat Islam.

Terbaru dilaporkan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mohd Na’ im Mokhtar

telah meminta Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan untuk segera memanggil Ibrahim.

Raja bomoh hadir di lokasi tanah jerlus buat ramai kurang senang hanya sempat renjis air ‘jampi’

“(Ini) bagi memberikan nasihat tentang batas-batas akidah dan iman serta tidak terjebak dalam amalan yang membawa kepada penghinaan kepada agama Islam,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Kelmarin, Ibrahim mencuri perhatian ramai ketika muncul di Jalan Masjid India dan menawarkan bantuan untuk mencari pelancong dari India, Vijayaletchumy yang terjatuh sedalam lapan meter dan hilang.

Dia turut dirakam merenjis air pelaga di sekitar lokasi tersebut.

Ibrahim mula dikenali ramai selepas membuat kemunculan pada 2014 dengan melakukan ritual tertentu dalam usahanya mencari dan mengesan misteri kehilangan kapal terbang MH370.

Baca juga: ‘Selama ini aku bersangka baik dengan suami, satu hari aku terdetik nak cek telefon dia, seram sejuk bila nampak nama perempuan’