Rakyat bergelut bil tinggi, KM Melaka tukar sofa baru

Rakyat bergelut bil tinggi, KM Melaka tukar sofa baru

Ketua Menteri Melaka, YAB Datuk Sulaiman Md Ali menjadi perhatian ramai apabila tular gambar yang menunjukkan sofa di Seri Bendahara telah diganti baharu.

Gambar tersebut dikongsi sendiri oleh Bardeaux Meuble Furniture (BMF) yang telah membekalkan sofa mewah jenis Edwardian Chesterfield tersebut mengikut spesifikasi yang ditetapkan

Tindakan menukar sofa ini menjadi buah mulut pengguna media sosial. Marina Ibrahim contohnya mempersoalkan kewajaran tindakan YAB KM Melaka itu ketika rakyat sedang berdepan dengan masalah pengangguran, dibuang kerja serta terpaksa membayar bil elektrik yang mencanak tinggi.

Beliau juga menyifatkan tindakan itu sebagai satu pembaziran. Dalam ciapannya di Twitter beliau menulis:

“Rakyat kena buang kerja,bil eletrik mencanak…dia dok membazir duit.”

Ini berbeza dengan bekas KM Melaka sebelum ini iaitu YB Adly Zahari yang dikenali dengan sikap berjimat cermat beliau.

Selepas Pakatan Harapan memenangi pilihanraya dan beliau dilantik menjadi Ketua Menteri Melaka, beliau membuat keputusan untuk tidak mendiami Seri Bendahara kerana ingin membantu kerajaan negeri menjimatkan perbelanjaan.

Adly mendedahkan kerajaan sebelum itu terpaksa membayar bil elektrik Seri Bendahara hingga lebih RM30 ribu sebulan.