Rakyat Malaysia masuk Singapura kini tak perlu passport, hanya ‘scan QR’

Oleh SULAIMAN ABD RAHMAN

Perjalanan puluhan ribu rakyat Malaysia, terutamanya yang bekerja di Singapura, mengalami perubahan besar dengan pengenalan era baharu

Di mana mereka kini tidak lagi memerlukan pasport tetapi hanya perlu melalui sistem pengenalan kod QR mulai semalam.

Menurut laporan Utusan Malaysia, walaupun sistem ini hanya boleh digunakan di Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) di Iskandar Puteri pada mulanya,

manakala di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) masih dalam proses pelaksanaan.

Dengan menggunakan sistem ini, rakyat Malaysia yang menggunakan motosikal dan bas untuk keluar dan masuk ke dua negara tersebut

Rakyat Malaysia masuk Singapura kini tak perlu passport, hanya 'scan QR'

melalui KSAB tidak lagi memerlukan pasport, tetapi hanya perlu mengimbas kod QR melalui aplikasi MySejahtera atau MyTrip.

Penggunaan kaedah ini telah membantu mengurangkan tempoh menunggu bagi pengguna bas dan motosikal sehingga 80 peratus, serta melancarkan urusan perjalanan keluar masuk di kedua-dua pintu masuk sempadan di selatan tanah air.

Difahamkan, tempoh menunggu di BSI bagi pengguna bas pada waktu sibuk dapat dikurangkan dari 120 minit kepada 15 minit, manakala tempoh menunggu pengguna motosikal dari 40 minit kepada 30 minit.

Sementara itu, di KSAB, tempoh menunggu bas dapat dikurangkan dari 90 minit kepada 15 minit dan pengguna motosikal dari 45 minit kepada 30 minit.

Seorang pekerja di Singapura, Mohammad Faiz Mohd. Fuad, 28 tahun, menyatakan bahawa penggunaan kod QR telah memudahkan dan mempercepatkan proses di pusat pemeriksaan imigresen.

Dia berharap bahawa kod QR ini dapat membantu mengatasi masalah kesesakan di kaunter imigresen, khususnya bagi pekerja seperti dia.

Raja Mohammad Haziq Jaafar, 30 tahun, yang bekerja di sebuah syarikat biodiesel di Tuas, juga menyokong pelaksanaan sistem baharu ini dan berharap ianya dapat mengurangkan kesesakan, terutamanya pada waktu sibuk di KSAB dan BSI.

Kedua-dua individu ini juga menekankan bahawa penggunaan sistem kod QR seperti ini adalah langkah positif, dan ia seolah-olah menjadikan telefon bimbit sebagai pasport, yang hanya perlu dipaparkan kod pada skrin untuk membolehkan mesin pengimbas mengeluarkan maklumat yang diperlukan.

Tinjauan juga mendapati pelaksanaan kod QR di KSAB di Laluan Kedua berjalan lancar. Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Kawalan) Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Zamri Mat Zain, bersama Timbalan Ketua Pengarah Imigresen (Pengurusan), Ismail Mokhtar, turut mengunjungi KSAB untuk memantau kelancaran pelaksanaan sistem ini.

Baru-baru ini, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, mengumumkan bahawa tempoh percubaan selama tiga bulan akan dilakukan untuk penggunaan sistem imbasan kod QR di BSI dan KSAB, yang bermula semalam.

BACA: “Bini aku nekad mintak cerai talak tiga bila aku bagitahu aku kahwin dua kat siam, sekali kantoi bila aku…”