Rakyat Sabah dapat bantuan sebanyak RM670 juta… Wow !!!

Rakyat Sabah dapat bantuan sebanyak RM670 juta…  Wow !!!


Rakyat Sabah dikecualikan daripada membayar bil air selain diberikan diskaun 30 peratus untuk bil elektrik selama tempoh tiga bulan mulai April ini.

Perkara itu diumumkan Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan berkata, pengecualian bayaran bil air dan diskaun untuk bil elektrik itu adalah sebahagian daripada inisiatif diperkenalkan di bawah Pakej Bantuan COVID-19 Sabah sebagai usaha meringankan beban dan kos sara hidup rakyat yang terjejas berikutan penularan jangkitan wabak itu.

“Bagi meringankan beban dan kos sara hidup rakyat pada keseluruhannya, Kerajaan Negeri juga telah bersetuju untuk mengecualikan pembayaran bil air kepada semua pengguna air domestik untuk tempoh 3 bulan bermula bulan April ini.

“Langkah ini akan memberi faedah kepada seramai 335,000 pengguna air domestik di Sabah dan W.P Labuan.

“Selain itu, diskaun 28 peratus akan diberikan bagi pembayaran bil elektrik untuk tempoh tiga bulan mulai April sebagai tambahan kepada diskaun dua peratus diumumkan kerajaan Persekutuan,” katanya.

berita penuh : http://www.astroawani.com/berita-malaysia/covid-19-pengecualian-bil-air-diskaun-bil-elektrik-di-sabah-selama-tiga-bulan-235228