Rakyat sebak tengok Pak Lah berjalan selepas tahu ada dimensia

Rakyat sebak tengok Pak Lah berjalan selepas tahu ada dimensia

Rakyat sebak tengok Pak Lah berjalan selepas tahu ada dimensia. aru-baru ini rakyat Malaysia dikejutkan dengan berita mengenai kesihatan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, 82, yang didakwa menghidapi demensia.

Hari ini pengacara terkenal, Ahmad Fedtri Yahya berkongsi video di laman Facebook mengenai Abdullah atau lebih mesra dikenali Pak Lah dibawa jalan bersama isterinya di sebuah taman.

Hantaran itu ditemani dengan kapsyen berbentuk sajak yang pernah ditulis oleh Pak Lah sendiri dan mengakhirinya dengan memanjatkan doa agar kesihatan sosok itu kembali seperti biasa.

Berikut di bawah ialah sajak Pak Lah yang dikongsikan semula oleh Fedtri:

Semoga kesembuhan dan damai kembali ke jasad dan sanubari Pak Lah.

Rakyat sebak tengok Pak Lah berjalan selepas tahu ada dimensia

Aku cari mana dia Al-Ghazali,
Aku cari mana dia Al-Shafie,
Kita bongkar rahsia kitab suci,
Cari pedoman
Kita bongkar rahsia sunnah nabi
Cari panduan
Aku hidup kerana Dia Rabbi
Dialah teman
Dialah wali
Dia mencukupi
Aku hidup bererti
Menikmati damai abadi
– Ku Cari Damai Abadi ialah sebuah sajak yang ditulis oleh Perdana Menteri Malaysia kelima Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Meninjau di ruangan komentar, rata-rata warganet berasa begitu tersentuh dan terharu melihat gelagat Pak Lah yang diiringi isterinya semasa berjalan.

Orang ramai turut mendoakan agar Pak Lah diberikan kesembuhan seperti sedia kala serta pulih dengan kuat ingatan semula.

“Syukurlah masih ada insan insan yang menyayangi dihujung usia nii . Alhamdulillah mantan PM yg sentiasa cool , moga dipayungi rahmat Allah berpanjangan,” kata Jamaliah Murad.

“Antara tokoh politik Malaysia yang bersih dari cela baik semasa atau selepas zaman memerintah. Allahu akbar,” kata Riduan Basri.

“Islam Hadari, Cemerlang Gemilang & Terbilang zaman kami mula meningkat remaja.. Moga Pak Lah terus diberi kesihatan yang baik dipermudahkan segala urusannya.. Aminn,” kata Sharatul Ismail.

Terapi tanpa ubat

Sementara itu di ruangan komentar, Fedtri juga turut berkongsi tentang terapi tanpa ubat yang merujuk kepada situasi Pak Lah.

BACA:

Nuha Bahrin akhirnya dedah hubungan istimewanya dengan Naufal, “tahniah!”

Lelaki balik bawa bini baru selepas jual buah pinggang isteri

Harga jam tangan TMJ pakai masa final piala FA kejutkan netizen

CATEGORIES