Pneumonia adalah jangkitan pernafasan yang disebabkan oleh virus influenza dan penyakit pneumokokal.
Antara gejala pneumonia termasuk rasa tidak selesa badan, sesak nafas, bunyi berdehit semasa bernafas,
sakit dada, dan kekeliruan (terutama di kalangan warga emas).
Pneumonia terjadi apabila satu atau kedua-dua paru-paru meradang dan cecair terkumpul di dalam alveoli (kantung udara kecil).
Keadaan ini amat berbahaya kerana ia menghalang pertukaran oksigen dan boleh menyebabkan
komplikasi serius secara tiba-tiba, seperti kegagalan sistem pernafasan, sepsis, abses paru-paru, dan kematian.
Bagi mereka yang mengalami pneumonia kronik, rawatan intensif di hospital mungkin diperlukan selama beberapa minggu, jelas Zulkifli.
Golongan Berisiko Tinggi
Zulkifli menekankan bahawa pneumonia boleh mengancam nyawa, terutamanya bagi golongan berisiko tinggi seperti:
-Individu berusia 60 tahun ke atas
-Pesakit dengan penyakit kronik
-Perokok
-Peminum alkohol tegar
-Individu dengan sistem imun yang lemah
-Individu yang mengambil ubat-ubatan yang menekan sistem imun
Cara Pencegahan
Pneumonia terbahagi kepada dua jenis utama, iaitu jangkitan bakteria dan virus.
Jangkitan pneumonia bakteria, atau pneumonia pneumokokal, biasanya disebabkan oleh Streptococcus pneumoniae yang tersebar melalui rembesan pernafasan seperti air liur dan hingus. Jangkitan jenis ini boleh dicegah dengan vaksin pneumokokal yang terdiri daripada dua jenis: Vaksin Konjugat Pneumokokal dan Vaksin Polisakarida Pneumokokal.
Satu lagi jenis pneumonia yang lebih biasa adalah pneumonia virus, yang boleh berlaku akibat jangkitan primer atau sebagai komplikasi sekunder selepas seseorang menghidap penyakit pernafasan lain.
“Pneumonia virus boleh disebabkan oleh virus influenza, virus sinisitium pernafasan (RSV), atau virus Covid-19. Vaksinasi influenza tahunan adalah disarankan untuk semua orang untuk melindungi mereka daripada virus ini dan mengurangkan risiko jangkitan teruk serta penyebarannya dalam komuniti.
“Bagi vaksinasi RSV, satu-satunya vaksin yang ada di Malaysia adalah vaksin RSV adjuvant, yang disarankan untuk orang dewasa berumur 60 tahun ke atas.
“Bagi Covid-19 pula, warga emas dan individu dengan sistem imun lemah boleh terus mendapatkan rawatan antivirus (Paxlovid) untuk mencegah jangkitan dan menghalang ia daripada berkembang menjadi pneumonia,” tambah Zulkifli.