Ramai bimbang keadaan mangsa dirempuh tayar lori, ini keadaan sekarang mangsa

Oleh KAMARUL HISHAM ABDULLAH

Beberapa hari lalu, tular sebuah klip dashcam menunjukkan seorang penunggang motosikal merempuh tayar lori yang terpelanting dan terkena kepadanya secara tiba-tiba.

Ramai warganet bimbang melihat keadaan mangsa yang terjatuh di atas jalan raya selepas kemalangan tersebut.

Namun, melalui hantaran Facebook Surau Alhijrah Pantai Ria, disahkan bahawa mangsa hanya mengalami kecederaan ringan.

“Inilah saudara Mohd Kapiau, 55 tahun, penduduk PPR Pantai Ria, yang videonya menunjukkan motosikalnya dilanggar tayar lori pada hari Jumaat lepas (23.8.24) di hadapan Mid Valley telah viral.

“Kuasa Allah S.W.T., saudara Kapiau selamat daripada kecederaan yang serius.

Ramai bimbang keadaan mangsa dirempuh tayar lori, ini keadaan sekarang mangsa

Walaupun video tersebut membuat ramai beranggapan mangsanya mesti parah, namun Allah Maha Kuasa,” demikian petikan hantaran di Facebook tersebut.

Difahamkan bahawa mangsa mengalami sedikit kecederaan di bahagian kepala dan lengan retak yang kini semakin pulih. Doktor menyatakan hasil imbasan kepala mendapati tiada kecederaan dalaman.

Pihak Surau Alhijrah Pantai Ria mendoakan agar beliau segera pulih dan dapat kembali ke surau seperti biasa.

“Beberapa ahli jemaah surau sempat menziarahi beliau di hospital hari ini. Kami moga beliau cepat sembuh dan dapat pulang ke rumah segera.

“Saudara Kapiau adalah jemaah tetap Surau Alhijrah yang selalu membantu kerja-kerja di surau tanpa mengharapkan upah. Beliau banyak melakukan kerja amal untuk tok siak dan pengurusan surau,” kata kemas kini keadaan mangsa tersebut.

BACA: Rupanya YDP Agong ke-17 pemilik nombor plate ‘F1’ ramai nak tahu harganya