Ramai buat laporan Polis, padah tak hormat bulan Ramadan, respon Aliff Syukri bikin ramai sakit hati

Oleh KAMARUL HISHAM ABDULLAH

Aliff Syukri sebelum ini mendapat kritikan tajam daripada netizen dan bahkan ibunya sendiri berkenaan dengan video promosi lagu raya beliau yang dianggap tidak senonoh.

Banyak yang mengutuk video tersebut kerana dianggap merosakkan imej industri hiburan dan juga merosakkan

suasana Hari Raya itu sendiri, terutamanya dengan aksi beberapa lelaki yang berlebihan di hadapan kamera.

Ramai buat laporan Polis, padah tak hormat bulan Ramadan, respon Aliff Syukri bikin ramai sakit hati

Aliff Syukri turut menyuarakan rasa sedihnya kerana usahanya dalam membuat video lagu raya tidak dihargai oleh rakyat Malaysia dan ia melibatkan kos yang tinggi. Beliau juga telah memadamkan video tersebut atas permintaan ibunya sendiri.

Ibu Aliff Syukri, Puan Rozita, berusaha merayu agar anaknya memadamkan video tersebut kerana ia tidak mencerminkan akhlak seorang Islam.

Namun baru-baru ini, Aliff Syukri gembira kerana beliau berjaya ‘mempermainkan’ rakyat Malaysia dengan konten April Fool beliau.

“Dengan ini saya nak bagitau semua, April Fool! Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri. Yang baik itu dari Allah dan yang buruk adalah daripada saya,” tegasnya seperti yang dilaporkan oleh Mstar Online.

Aliff Syukri mengajak peminatnya yang terkena dengan jenaka tersebut untuk meninggalkan komen di Instagramnya.

“Maaf kepada semua, ini hanya sekadar lawak. Janganlah terlalu serius. Kita perlu hidup dengan ceria,” katanya.

Aliff Syukri juga mengumumkan bahawa tahun ini dia tidak akan mengeluarkan lagu raya. Beliau memohon maaf kepada semua netizen dan isterinya yang mungkin terganggu dengan jenaka April Fool beliau.

BACA: Kenapa bila jumpa emas belakang rumah jadi milik kerajaan? tapi sebaliknya terjadi bila jumpa dadah