Ramai geram kena tipu dengan peniaga ni – “punyalah cenonet sotong dalam tepung ni!”

Oleh GEMILANGDAILY

Ramai geram kena tipu dengan peniaga ni – “punyalah cenonet sotong dalam tepung ni!”Perkongsian seorang pengguna media sosial, Atika Ibrahim yang memuat naik hidangan sotong celup tepung dibelinya baru-baru ini mengundang perdebatan ramai.

Mana tidaknya, saiz sotong yang kecil tetapi hanya dipenuhi tepung semata-mata membuatkan ramai bengang.

Tanpa berkongsi lokasi kedai tersebut, perkongsian wanita itu menuai pelbagai reaksi dan komentar orang ramai yang rupanya pernah terkena dengan situasi seperti itu.

Ramai geram kena tipu dengan peniaga ni - "punyalah cenonet sotong dalam tepung ni!"
Seperti yang dimaklumkan warga maya, harga sepinggan sotong ketika ini sekitar RM8 hingga RM12.

Bagi mereka, jika peniaga menyediakan saiz sotong yang kecil, ia sama sekali tidak berbaloi dengan harga yang dibayar.

“Saya selalu kena macam ni sis. Lepas tu letak harga yang bukan-bukan. RM10 untuk sembilan ketul walhal sotong yang sebesar ibu jari tu dipotong sembilan, dicelupnya setebal tepung,” komen Hanim.

“Peniaga kalau nak ambil untung banyak sekali pun, jangan aniaya pelanggan.

“Buatnya ibu mengandung teringin sangat makan, akhirnya macam itu sahaja rupanya, bukan nama sotong celup tepung, tapi tepung perasa sotong,” komen pula Kamarul Syukri.

BACA: 

Tok Kadi sampai minta berhenti lafaz akad nikah pasangan ini, bunyi lato-lato kuat sangat!

Suami halau isteri pertama dan 7 anak dari rumah sewa, nak bagi bini baru duduk