Ramai keliru, mesin basuh 10kg, berat sekali air dan pakaian ke?

Oleh NADIA HARON

Mesin basuh merupakan peralatan elektrik penting dalam kebanyakan rumah, membantu meringankan kerja harian dengan cuci kotoran pakaian.

Terdapat pelbagai jenis mesin basuh, antaranya cucian top loading dan front loading yang popular.

Selain itu, kapasiti mesin basuh juga berbeza mengikut keperluan keluarga.

Bagi keluarga kecil, kapasiti 6 hingga 7kg sudah mencukupi, manakala keluarga besar memerlukan kapasiti 9 hingga 10kg.

Namun, penting untuk mengetahui had sukatan kapasiti untuk mengelakkan membebankan mesin

Ramai keliru, mesin basuh 10kg, berat sekali air dan pakaian ke?

Jika terlalu banyak pakaian dimasukkan, bukan sahaja cuciannya tidak bersih, malah mesin basuh boleh cepat rosak.

Untuk mesin basuh front loading, meskipun seringkali dianggap tidak boleh memuatkan terlalu banyak pakaian, sebenarnya ia mampu memutar pakaian dengan baik tanpa masalah.

Berbeza dengan mesin basuh top loading yang memerlukan jumlah air lebih daripada pakaian, had pakaian yang dimasukkan dalam mesin basuh front loading boleh mencapai hingga 3/4 daripada drum.

Kongsian tip ini disampaikan oleh seorang pengguna TikTok, @abgletriqq, yang menjelaskan kelebihan dan penggunaan yang betul bagi kedua-dua jenis mesin basuh.

Pengguna dalam talian turut berterima kasih dan mendapati tip ini berguna bagi penggunaan mesin basuh mereka.

BACA: Berniaga guna mesin vending raih RM15k sebulan, ini cara mohon berniaga mesin vending dengan kerajaan