‘Ramai suami salah faham nafkah isteri & duit belanja rumah adalah perkara yang berbeza’

Oleh SULAIMAN ABD RAHMAN

Nafkah isteri vs duit belanja rumah..Dua perkara yang berbeza ya. Suami & isteri kena faham. Suami wajib tahu tanggung jawab, isteri wajib tahu hak.

Duit nafkah, yang tu untuk kegunaan isteri. Beli barang untuk diri dia saja. Ikutlah nak beli apa yang isteri suka, atau nak simpan. Itu hak isteri.

‘Ramai suami masih belum faham nafkah isteri & duit belanja rumah adalah perkara yang berbeza’

‘Ramai suami masih belum faham nafkah isteri & duit belanja rumah adalah perkara yang berbeza’

Ramai juga isteri yang guna duit nafkah untuk beli barang anak-anak, barang dapur, itu tak mengapa sebab atas kerelaan isteri. Isteri yang pilih. Bukan dipaksa suami.

Berapa banyak duit nafkah perlu suami bagi setiap bulan? Bergantung kepada kemampuan. Kalau mampu beli gadjet, jangan pula claim langsung takde duit untuk bagi nafkah isteri.

Merokok sehari sekotak, tak malu ke nak kata tak mampu bagi nafkah kat isteri? Mampu bagi RM20 sahaja, bagilah. Mampu bagi banyak, bagi.

Isteri ada duit sendiri. Sama ada bekerja atau buat bisnes. Duit isteri banyak, boleh beli itu ini. Duit isteri banyak, lagi banyak daripada gaji suami.

Tetaplah wajib ke atas seorang suami untuk beri nafkah kepada isterinya. Isteri ada duit sendiri bukan alasan untuk suami ya.

Tak boleh sama sekali suami bagi duit untuk kegunaan beli barang rumah, dan anggap itu adalah duit nafkah. Nafkah adalah nafkah, duit belanja rumah kena bagi asing.

Acik percaya, ramai yang masih belum faham beza nafkah dan duit belanja rumah. Semoga bermanfaat.

BACA :Pelajar dua Sekolah di Kelantan gaduh, dah macam dalam gelanggang tomoi siap ada penonton