Seorang perunding kewangan telah berjaya mencuri perhatian selepas membongkar rahsia di sebalik resit pengeluaran wang secara automatik (ATM).
Menurut pemuda tersebut, ramai yang belum tahu bahawa bahagian belakang resit ATM daripada Maybank itu sebenarnya tertera maklumat penting bagi pemilik akaun.
Hal ini kerana, mereka membuat keputusan untuk membuang sahaja resit berkenaan di dalam tong sampah tanpa memeriksa keseluruhan kandungannya terlebih dahulu.
Jelas perunding kewangan terbabit, maklumat tersebut boleh digunakan oleh pemilik akaun bank tempatan berkenaan untuk mendapatkan keuntungan yang lumayan.
Rupanya, maklumat yang berada di bahagian belakang resit berkenaan sebenarnya tertera satu borang permohonan bagi pembelian saham Initial Public Offering (IPO).
IPO merupakan sejenis saham terbitan awam yang boleh dibeli oleh orang ramai bagi keperluan pelaburan di mana ia adalah salah satu cabang pendapatan sampingan.
Secara ringkasnya, IPO adalah tawaran permulaan saham daripada sebuah syarikat untuk diperoleh sebelum perniagaan tersebut disenaraikan di dalam Bursa Malaysia.
Penanaman modal melalui IPO tidaklah menjanjikan keuntungan yang stabil namun pelaburan ini mempunyai kadar risiko agak rendah berbanding di dalam sektor lain.
Satu maklumat yang mendatangkan keuntungan, perkara itu disebarkan perundang kewangan tersebut menerusi satu hantaran video tular di akaun TikTok miliknya.
Baca juga: “Kahwin pun diatur keluarga, tak sangka awal perkahwinan, mak dah tipu isteri aku hidup-hidup”