Sesiapa pun boleh manfaatkan kawasan laman rumah yang terhad untuk melakukan aktiviti berkebun bersama keluarga.
Paling mudah, mencuba untuk menanam sebatang dua pokok terung seperti mana yang dilakukan oleh Encik Azuan Abdullah ini.
Siapa sangka, dengan hanya 2 batang pokok tersebut hasil sayur terung yang dituai bukan sahaja dapat dinikmati olehnya sekeluarga,
malah turut dikongsi bersama jiran-jiran di kediamannya.
Jadi tentu kita ingin tahu apa yang dilakukannya hingga membuatkan tanaman terungnya berbuah lebat. Untuk itu, jom semak perkongsian bermanfaat ini.
“Pokok terung ni saya tanam suka-suka tepi rumah. Jenis antabogal. Tanam dua pokok je, buahnya memang tak habis makan. Okey. Ni cara-cara saya tanam dan jaga dua pokok terung ni.
Patutlah masa ambil benih hari tu, kawan kata terung jenis ni boleh capai 15 kg sepokok. Masa tu was-was lagi. Betul ke ni? Ke sembang je lebih!
Bila dah tanam sendiri ni, rasanya cakap member tu boleh percaya la sebab dah lebih 30 biji saya petik terung ni dari 2 pokok yang saya tanam. Buah kat pokok sekarang ada lebih kurang 20 biji lagi.
Memang kami tak habis makan walaupun tanam dua pokok. Siap pokok terung ni dapat berbakti lagi untuk 6 buah rumah saudara kami. Alhamdulillah.“ – Azuan Abdullah
Langkah-langkahnya :
*Tanam dalam petak tanaman. Guna tanah campuran sebagai media tanaman. Jarak antara pokok 3 kaki.
*Tanam anak benih masa umur 35 hari lepas semai.
*Lepas tanam terus sembur dengan kawalan organic buatan sendiri. Semburan juga dibuat pada hari kedua dan ketiga lepas tanam. Sembur pada awal pagi.
*Siram dengan air kosong pada hari pertama dan kedua lepas tanam. Siram pada waktu pagi dan petang. 1 liter setiap kali siram.
*Siram dengan baja subur pada hari ketiga lepas tanam. Kadar pencairan adalah 10 ml larutan stok baja subur untuk 1 liter air. Siram 1 liter satu pokok pada waktu pagi. Sebelah petang siram dengan air kosong sebanyak 1 liter 1 pokok.
*Siram dengan air kosong pada hari yang kita tak siram dengan air baja. 1 liter pagi dan 1 liter petang.
*Siram dengan air baja subur dua kali seminggu sehingga pokok ini berumur 14 Hari Lepas Tanam (HLT). Saya siram pada umur 3 HLT, 7 HLT, 10 HLT dan 14 HLT. Kadar pencairan adalah 10 ml larutan baja subur untuk 1 liter air. Siram pada waktu pagi, 1 liter 1 pokok. Petang siram dengan air kosong 1 liter 1 pokok.
*Bila pokok 17 HLT, 20 HLT, 24 HLT, 27 HLT dan 30 HLT, guna pencairan 15 ml larutan stok baja subur untuk 1 liter air. Siram pada waktu pagi, 1 liter satu pokok. Petang siram dengan air kosong, 1 liter 1 pokok.
*Sembur dengan kawalan organic buatan sendiri pada setiap hari kita siram air baja. Sembur awal pagi. Sembur pada pucuk dan daun muda hingga basah lencun.
*Pastikan tiada rumput di kawasan pokok kita sebab rumput ni rumah bagi serangga perosak. Bila tiada rumput, risiko serangan perosak pun kurang dan nak kawal pun mudah.
*Boleh start siram dengan air baja buah bila pokok dah 34 hari lepas tanam. Kadar pencairan adalah 15 ml untuk 1 liter air. Siram pada waktu pagi, 1 liter 1 pokok. Petang siram dengan air kosong, 1 liter 1 pokok.
*Ulang langkah diatas dua kali seminggu hingga pokok umur 60 hari lepas tanam.
*Bila pokok dah start berbuah dan boleh kutip hasil, buang daun yang tak berfungsi setiap minggu.
*Bila pokok umur 64 hari lepas tanam, saya siram dengan baja buah antara 1.5 – 2 liter sepokok. Siram pada waktu pagi dan kadar pencairannya juga adalah sama. Petang siram dengan air kosong, juga antara 1.5 – 2 liter setiap pokok.
BACA: Rasa air ada, tetapi kenapa kat paip slownya keluar? Ini 2 cara mudah nak bagi air laju