Ramai tak tahu kalau pindah rumah lebih 90 hari kena tukar alamat IC

Oleh AHMAD YUSOF MUSTAPHA

Tahukah anda, berdasarkan Peraturan 15, Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990 setiap orang yang memiliki kad pengenalan

Dan bertukar tempat kediaman ke suatu tempat yang seseorang itu akan tinggal selama tempoh 90 hari atau lebih perlu tukar alamat pada kad pengenalan IC / Mykad.

Jadi, bagaimana cara nak tukar alamat pada IC kita?

Ramai tak tahu kalau pindah rumah lebih 90 hari kena tukar alamat IC

Di sini kami kongsikan caranya.

Syarat-syarat Tukar Alamat IC

Pemohon mestilah hadir dimana-mana kaunter JPN.¥

Borang Pertukaran Alamat (dapatkan di kaunter JPN) telah diisi dengan lengkap.

Alamat mestilah menggunakan alamat tinggal tetap di dalam Malaysia. Alamat tempat bekerja atau pejabat atau organisasi atau alamat peti surat (P.O. Box) tidak dibenarkan.

Bagi pemohon yang berumur bawah 18 tahun perlu hadir bersama ibu, bapa atau penjaga

Pemohon dikehendaki datang ke Kaunter JPN dan membawa dokumen yang perlu dikemukakan (asal).

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen Pemohon (Asal)x

Kad Pengenalan.

Dokumen Sokongan

Bagi pertukaran alamat, perlu mengemukakan Bil elektrik /bil air / bil pembentungan / bil utiliti / cukai pintu / cukai taksiran / borang taksiran cukai pendapatan/ perjanjian jual beli rumah/ perjanjian atau resit sewa rumah / dokumen sokongan dari Penghulu/ Ketua Kampung/ Tuai Rumah / ADUN / Ahli Parlimen / Majikan/ Angkatan Tentera Malaysia (ATM) atau lain-lain dokumen seumpamanya. (ASAL ATAU SALINAN YANG DISAHKAN)

Baca juga: IC Hilang Apa Nak Buat? Ini Kadar Denda & Prosedur Permohonan MyKad Online

Trending sekarang

Dasar Pendidikan Digital: Melahirkan Murid Fasih Digital

Bayaran / Fi Tukar Alamat Pada MyKad

Warganegara
– Jika pertukaran alamat melibatkan pengeluaran kad baru: RM10.00

Bukan Warganegara

– Jika pertukaran alamat melibatkan pengeluaran kad baru: RM40.00

tukar alamat ic jpn

MyJanjiTemu JPN

Dalam tempoh PKP ini, semua perkhidmatan urusniaga JPN perlu membuat janjitemu terlebih dahulu.

Join Channel WhatsApp Kami Untuk Info Bantuan Kerajaan Terkini 2023!

Pemohon akan membuat pilihan tarikh janji temu sendiri melalui sistem tertakluk kepada kekosongan slot.

Sila buat permohonan di pautan https://mytemujanji.jpn.gov.my

tukar alamat ic jpn

ISNIN- JUMAAT: WP Putrajaya, WP Kuala Lumpur, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah & Sarawak)
AHAD- KHAMIS: Johor, Kedah, Kelantan & Terengganu

Maklumat Lanjut

Ibu Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara Putrajaya,

No 20, Persiaran Perdana, Presint 2,

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan ,

62551 Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Telefon: 03-8000 8000 | Faks: 03-8880 8288 |
Emel(@jpn.gov.my): proTahukah anda, berdasarkan Peraturan 15, Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990 setiap orang yang memiliki kad pengenalan dan bertukar tempat kediaman ke suatu tempat yang seseorang itu akan tinggal selama tempoh 90 hari atau lebih perlu tukar alamat pada kad pengenalan IC / Mykad.

BACA: “Mak mengaku silapnya dan redha jika ini adalah balasan bagi mak, sampailah suatu hari mak luahkan segalanya padaku cerita yang sebenarnya”