Penghawa dingin dalam kereta atau aircond merupakan satu keperluan yang penting bagi kebanyakan pengguna jalan raya
untuk menikmati keselesaan semasa memandu, terutama dengan cuaca panas yang kerap berlaku di Malaysia.
Ketika aircond kereta tidak berfungsi atau rosak, kesannya bukan sahaja menghilangkan keselesaan,
Malah boleh membuatkan pengguna berasa tidak selesa dan berpeluh terutama jika kereta terdedah kepada cahaya matahari secara langsung di tempat letak kenderaan yang tidak berbumbung.
Adakah anda sedar bahawa punca aircond kereta cepat rosak boleh datang daripada tabiat harian yang tidak sedar?
Mari kita kaji beberapa punca yang dikongsikan oleh pemilik akaun TikTok @altimatsaujana:
Membuka tingkap semasa aircond dinyalakan: Salah satu punca utama aircond kereta cepat rosak ialah apabila pengguna membuka tingkap ketika penghawa dingin dihidupkan. Tindakan ini akan menyebabkan compressor bekerja lebih keras dan dengan itu mempercepatkan kerosakan aircond.
Merokok atau menggunakan vape: Asap rokok atau vape mengandungi habuk yang boleh tersumbat di dalam penapis aircond. Jika tidak dibersihkan dengan kerap, penapis ini boleh tersumbat dan menyebabkan aircond kurang berkesan dalam menyejukkan udara.
Tidak menutup suis aircond selepas mematikan enjin: Ramai pengguna kereta lupa untuk menutup suis aircond selepas mematikan enjin. Tabiat ini juga boleh menyebabkan kerosakan pada sistem aircond.
Penggunaan pewangi kenderaan yang tidak sesuai: Penggunaan pewangi kenderaan yang tidak betul boleh menyebabkan aircond cepat rosak. Gas dari pewangi boleh masuk ke dalam coil penyejuk dan menyebabkan reput.
Mengelakkan tabiat-tabiat ini boleh membantu memperpanjang jangka hayat aircond kereta anda, memastikan keselesaan semasa memandu, dan mengelakkan kos pembaikan yang tidak perlu.