Ramai tak tahu, rupanya ini asal usul ‘ABC’ dari seluruh dunia
Siapa yang tidak kenal dengan Ais Batu Campur? Makanan yang lebih dikenali sebagai ABC ini cukup terkenal serta digemari seluruh rakyat Malaysia.
ABC ini amat sesuai untuk dinikmati pada waktu siang lebih-lebih lagi apabila cuaca panas. Namun, tahukah kita tentang sejarah ais batu campur ini?
Berdasarkan tweet oleh Puan Eleena M, beliau berkongsi tentang sejarah bermulanya ais batu campur.
Bukan itu sahaja, dia turut berkongsi mengenai pelbagai jenis ais batu campur yang ada di seluruh dunia.
Berikut ialah perkongsian Puan Eleena:
SEJARAH AIR BATU CAMPUR (DAN PELBAGAI JENIS MANISAN AIS KEPAL SELURUH DUNIA)
Air batu campur adalah nikmat yang paling digemari oleh orang ramai ketika musim panas. Di 🇵🇭 ada halo-halo, di 🇯🇵 ada kakigōri, di 🇮🇩 ada es teler, di 🇰🇷 ada patbingsu.
Dari mana ia bermula? pic.twitter.com/CXaitL2msx
— El #PalestineWillBeFree 🇲🇾 🇵🇸 (@ErenaTakeuchi) April 28, 2020
Ada pelbagai nama tentang juadah ini di pelbagai negara.
Di Jepun, namanya kakigōri, di Korea, patbingsu. Di China namanya baobing, di Filipina halo-halo, di Indonesia es teler, di Malaysia ABC (air batu campur), di Itali ada grettachecca. pic.twitter.com/ZNJF5rYHh3
— El #PalestineWillBeFree 🇲🇾 🇵🇸 (@ErenaTakeuchi) April 28, 2020
Nero pernah membakar bandar Rom dan menuduh orang Kristian yang membakarnya, sekaligus menjadikan orang Kristian sebagai kambing hitam.
Menjadi maharaja pada usia 16 tahun, jadi semua keputusannya berdasarkan akalnya yang kebudak-budakan. pic.twitter.com/g2g0aCwfuL
— El #PalestineWillBeFree 🇲🇾 🇵🇸 (@ErenaTakeuchi) April 28, 2020
BACA: Ini kisah macam mana Proton Saga mendapat namanya yang ramai tak tahu