Ramai tak tahu rupanya Papagomo adalah bekas anggota Polis sebelum kalah saman dengan Anwar Ibrahim
Polis hari ini mengesahkan individu bernama Wan Muhammad Azri Wan Deris yang dikaitkan dengan penulis blog ‘Papa Gomo’, adalah seorang bekas anggota polis.
Dalam satu kenyataan yang disiarkan di laman Facebook PDRM, Pengarah Pengurusan PDRM Mortadza Nazarene berkata
Wan Muhammad Azri pernah bertugas sebagai konstabel dengan pasukan keselamatan itu selama 2 tahun.
“Dia pernah bertugas di Balai Polis daerah Ampang Jaya di antara 1 Julai 2002 sehingga 30 November 2004.
“Pada 31 Oktober, 2005, dia telah didakwa di Mahkamah Sesyen Ampang Jaya atas kesalahan jenayah. Dia kemudiannya didapati bersalah pada 6 September dan dijatuhkan hukuman,” katanya.
Mortadza juga berkata Wan Muhammad Azri telah dipecat dari pasukan polis pada hari yang sama.
“Dia juga tidak lagi berada dalam rekod PDRM sebagai pengundi pos,” katanya.
Identiti Papa Gomo kembali hangat diperkatakan apabila pada 16 Mac lalu apabila laman blog terbabit menyiarkan beberapa keping gambar seorang lelaki yang dikatakan mirip pemimpin pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Blog terbabit juga menyiarkan alamat pautan kepada sebuah lagi blog yang dinamakan “Aksi Raja Goyang” .
Blog terbabit turut menyiarkan 13 keping gambar yang antara lain memaparkan aksi dua lelaki bersentuhan dan bercumbu.
Dipercayai, gambar terbabit telah diambil dari petikan sebuah video.
Susulan itu Anwar telah memfailkan saman malu berjumlah RM100 juta terhadap pengendali blog Papa Gomo.
Pada 22 Mac yang lalu Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat, PKR Rafizi Ramli mendedahkan yang seorang bekas anggota polis yang pernah didapati bersalah atas tuduhan rasuah , didakwa adalah seorang “pengundi hantu” apabila dia didaftarkan untuk mengundi di dua kawasan berbeza.
BACA: