Kemalangan atau sebarang insiden tidak diingini boleh berlaku kepada sesiapa dan di mana-mana, bergantung kepada keadaan persekitaran.
Sama juga dengan kereta yang menjadi satu keperluan bagi setiap keluarga.
Bagi sesetengah pemilik kereta, kenderaan itu menjadi ‘rumah’ kedua untuk menyimpan barang-barang peribadi.
Namun, tidak semua barang itu selamat sekiranya ditinggalkan dalam kereta untuk tempoh yang lama, terutamanya dalam cuaca panas dan berangin.
Seperti yang sering dikongsikan, barangan elektronik seperti komputer riba, telefon bimbit, dan power bank yang terlalu panas boleh menyebabkan kebakaran.
Namun, menurut seorang lelaki di TikTok, sehelai kertas yang ditinggalkan di atas dashboard juga boleh menimbulkan bahaya yang serupa.
Dalam video yang dikongsikannya, dia menerangkan bagaimana fenomena itu boleh berlaku dan menyebabkan kebakaran. Sehelai kertas boleh terbakar sekiranya kanta (magnifying glass) dihalakan ke arahnya dalam jangka masa yang panjang.
Dalam keadaan itu, cermin kereta akan menghalakan cahaya langsung ke dashboard yang berpotensi membakar kertas tersebut. Kebiasaannya, resit pembayaran dan sebarang objek yang ditinggalkan di dalam kereta boleh meningkatkan risiko ini.
Oleh itu, disarankan agar lebih peka dan berhati-hati, serta tidak meninggalkan sebarang objek yang boleh membahayakan kenderaan atau menimbulkan risiko kebakaran.
BACA: ‘Ajal jodoh ditangan tuhan’ Wanita diminta kahwin dengan majikan lepas 3 hari bekerja