Ramai tertanya-tanya apa sebab kereta sedan tiada wiper macam kereta hatchback?
Kereta merupakan satu kenderaan mudah alih yang mempunyai pelbagai fungsi dan manfaat kepada pengguna.
Tambahan lagi, ia bebas bergerak ke mana sahaja yang anda mahu tanpa perlu memikirkan cuaca panas atau hujan.
Setiap keluaran kereta mempunyai pelbagai fungsi, bentuk dan saiz yang berbeza. Ia juga dihasilkan mengikut kesesuaian dan permintaan pengguna.
Antara jenis kereta yang menjadi kegemaran rakyat di Malaysia termasuklah jenis “Sedan” dan “Hatchback.”
Umum mengetahui terdapat perbezaan ketara yang dapat dilihat antara kedua-dua model ini dari segi saiz dan rupa bentuk.
Namun, pernahkah anda perhatikan, sebenarnya pada bahagian belakang kereta jenis hatchback mempunyai pengelap cermin atau wiper manakala sedan pula tiada.
Bagi merungkai persoalan yang bermain di fikiran anda, mari kita ikuti perkongsian Jurutera Simulasi Pakar Aliran Bendalir dan Pemindahan Haba, @AidFawzal di bawah.
Kenapa Kereta Hatchback Ada Wiper Tapi Sedan Tiada?
Saya di tag oleh Aqil Rpg Ibs Panel pada soalan:
1) “Kenapa kereta hatchback ada wiper belakang tapi kereta sedan takde wiper belakang?”Sangat menarik persoalan ni. Meh saya terangkan… pic.twitter.com/Bxjy89sfnu
— Aid Fawzal (@AidFawzal) February 16, 2023
Saya di tag oleh Aqil Rpg Ibs Panel pada soalan:
1) “Kenapa kereta hatchback ada wiper belakang tapi kereta sedan takde wiper belakang?”
Sangat menarik persoalan ni. Meh saya terangkan.
Juga katanya,
2) “Sedangkan ikut hukum fizik, permukaan tegak (macam belakang kereta hatchback) rendah peratusan untuk habuk/air melekat”.
Betul ke ni??
Jom tengok gambar 2 untuk fahamkan fizik angin pada cermin belakang kenderaan.
Gambar 2 ni menunjukkan plot kontor halaju angin untuk beberapa jenis kenderaan. Warna merah menunjukkan halaju tinggi, manakala warna biru untuk halaju rendah.
Gambar 2: Lietz, R. et al. (2017)
Gambar: Lietz, R. et al. (2017)
Dalam gambar ni takde hatchback, tapi kita boleh amik SUV sebagai pengganti. Perhatikan beza zone biru yang ada pada cermin belakang kereta-kereta sedan SUV.
• Zone biru pada cermin belakang sedan lebih kecil berbanding pada SUV.
• Zone biru pada cermin belakang sedan agak terpisah daripada zone biru di ‘wake region’ (zone penghujung belakang) berbanding SUV yang zone birunya bergabung.
Hatchback wiper sedan tiadaGambar: Lietz, R. et al. (2017)
Seterusnya kita perlu faham yang angin ni bersifat mengisi ruang.
Apabila kenderaan menujah ke depan, kenderaan membelah angin. Kawasan di belakang kenderaan tadi akan kosong. Inilah zone biru pada gambar ke 2 tu. Maka akan ada angin sekeliling akan cuba mengisi ruangan ini.
Angin atas terlalu laju. Angin sisi dapat ikut bentuk belakang kereta sikit je.
Hanya angin daripada bawah la yang banyak akan isi ruang belakang kereta.
Disebabkan angin daripada bawah yang isi ruangan belakang kereta, bahagian belakang ni akan jadi mudah kotor.
BACA JUGA: Bukan Saja-Saja Letak, Rupanya Ini Maksud Huruf Di Belakang Kereta
Jawapan soalan (1)
“Kenapa kereta hatchback ada wiper belakang tapi kebanyakannya kereta sedan takde wiper belakang?”
Ini kerana zone angin berhalaju rendah pada kereta hatchback lebih besar & bersambung antara belakang kereta dengan cermin belakang berbanding kereta sedan.
Ruangan halaju rendah ni akan disisi oleh angin daripada bawah kereta & kemungkinan bawa kotoran melekat pada cermin belakang kereta lebih tinggi.
Cuba lihat gambar ke 3 dan gambar 4 untuk perbezaan.
Gambar 3: Siemens
Gambar 4: Dassault Systemes
Hatchback wiper sedan tiadaGambar: Siemens
Hatchback wiper sedan tiadaGambar: Dassault Systemes
Jawapan soalan (2)
“Sedangkan ikut hukum fizik, permukaan tegak, rendah peratusan untuk habuk/air melekat”.
Fahaman fizik yang disebutkan itu benar untuk permukaan tanpa aliran angin. Dalam keadaan statik, graviti akan menarik butiran² air pada cermin turun. Tetapi.
Tetapi, dalam hal kenderaan yang bergerak, hal ini menjadi dinamik. Pergerakan kereta yang melanggar angin mengubah sifat butiran air dan tidak hanya mengalir ke bawah.
Pun macam tu, ade je tau kereta sedan yang ada wiper belakang. Boleh tanya geng-geng main Wira convert Lancer.
Ni citation untuk gambar ke 2 Gambar 2: Lietz, R. et al. (2017) “An extensive validation of an open source based solution for automobile external aerodynamics,” SAE Technical Paper Series.