Rating jatuh teruk, Running Man terpaksa buat keputusan mengejut ini. Sudah lebih 10 tahun bersiaran, nampaknya “Running Man” perlu meningkatkan usaha bagi bersaing dengan program dari saluran lain.
Tebraru, rancangan itu membuat pengumuman mengejut apabila mendedahkan bakal mengubah waktu tayangan pada 6.20 pm dari 5.00 pm bermula episod akan datang.
Khabarnya, SBS membuat keputusan berkenaan bagi mencapai keberkesanan tertinggi untuk rating dengan mengubah slot tayangan. Pun begitu, ramai yang dilihat tidak bersetuju dengan pengumuman ini.
Sebelum ini, “Running Man” mengubah slotnya beberapa kali sejak tahun 2010 lagi. Pada awalnya, mereka mengubah ke 6.20 pm pada 2012 namun selepas beberapa susunan, ianya diubah sekali lagi pada 2015 dan 2016.
Pada 2017, slot tayangan sekali lagi diubah apabila Jeon So-min dan Yang Se-chan menyertai “Running Man” sebagai ahli baru. Dengan keputusan ini, “Running Man: sekali lagi akan mengubah waktu tayangan selepas 5 tahun ini.
Mungkin ini yang terbaik..