Rayuan Haji 2022 kini dibuka, klik pautan ini sekarang

Rayuan Haji 2022 kini dibuka, klik pautan ini sekarang

Rayuan Haji 2022 kini dibuka, klik pautan ini sekarang. Menunaikan haji adalah rukun Islam yang kelima yang perlu dilaksanakan oleh setiap umat Islam yang berkemampuan. Beruntungnya menjadi rakyat Malaysia, urusan ibadah haji telah dikawal selia oleh satu badan yang telah dilantik kerajaan bagi memudahkan rakyat Malaysia iaitu Tabung Haji. Tabung Haji bertanggungjawab dalam menguruskan simpanan haji bagi rakyat Malaysia termasuklah mengatur giliran jemaah haji serta perjalanan haji. Syabas buat mereka yang telah mendapat panggilan haji, namun bagi mereka yang masih belum dipanggil, borang rayuan mengerjakan haji telah pun dikeluarkan pihak Tabung Haji bagi mempertingkatkan proses rayuan haji

Seperti sedia maklum, Tabung Haji akan mengatur giliran jemaah haji berdasarkan mereka yang telah mendaftar haji terlebih dahulu khusus bagi pakej muassasah atau mereka yang pertama kali menunaikan haji. Ini bermakna, sesiapa yang telah mendaftar haji dan simpanan yang telah mencukupi bagi pakej muassasah akan dipanggil mengikut giliran paling awal mendaftar haji dan seterusnya. Namun begitu, tidak perlu risau bagi mereka yang telah terlalu tua, isteri atau suami mendapat panggilan haji, dan sebagainya masih boleh membuat rayuan dan perlu mengisi borang rayuan bagi mengerjakan haji

Rakyat Malaysia juga boleh menunaikan haji berdasarkan kuota yang telah dipersetujui oleh Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC). Kerajaan Arab Saudi telah menetapkan kuota haji bagi setiap negara adalah pada kadar 0.1% daripada jumlah penduduk negara tersebut. Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, kuota rasmi Haji untuk Malaysia bagi tahun 1441 Hijrah telah meningkat sebanyak 1,400 orang kepada 31,600 orang berbanding 30,200 jemaah pada tahun lepas, 1440 Hijrah (2019). Ini bermaksud lebih ramai jemaah yang berpeluang untuk menunaikan haji bagi tahun ini

Makluman rasmi daripada Tabung Haji menyatakan bantuan haji atau subsidi masih diteruskan bagi Musim Haji 1441H (2020M). Maka bakal jemaah Haji Muassasah kali pertama serta mereka yang lulus dalam permohonan rayuan haji hanya perlu membayar amaun yang telah diberikan subsidi oleh kerajaan seperti tahun-tahun sebelum ini. Permohonan rayuan kali ini juga telah memberi ruang kepada yang merayu dan sekiranya terpilih, untuk secara sukarela bersetuju atau tidak bagi membayar penuh kos tunai haji secara Muassasah

Senarai Sub-Topik
Permohonan Rayuan HAJI 1443 H / 2022 M Cara Download Borang Rayuan
Siapa Yang Boleh Membuat Rayuan Haji?
Tarikh Rayuan Haji 1443H/2022M
Bayaran Dan Kos Haji 1441H/2020M
Permohonan Rayuan HAJI 1443 H / 2022 M Cara Download Borang Rayuan
Maklumat bagi tahun 2022 akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Lembaga Tabung Haji juga akan menanggung kos bayaran visa 300 Riyal Saudi (SAR) atau RM326 yang perlu dibayar oleh 31,600 jemaah haji setelah kerajaan Arab Saudi memperkenalkan caj tersebut mulai musim Haji 1441H/2020M.

Berikut dikongksikan maklumat penting mengenai cara membuat permohonan rayuan haji bagi tahun 1441H / 2020M termasuklah muat turun borang rayuan mengerjakan haji dan info lain berkaitan rayuan haji bagi jemaah. Informasi bagi tahun 2021 akan dikemaskini dari semasa ke semasa

Siapa Yang Boleh Membuat Rayuan Haji?
Secara amnya, semua yang telah mendaftar haji boleh membuat permohonan rayuan, tetapi keutamaan akan diberikan kepada:

Rayuan Mahram
Lanjut Usia / Pembantu Lanjut Usia
Jemaah yang telah terpilih pada tahun sebelum ini tetapi terpaksa tangguh pemergian haji
Jemaah yang giliran mereka menunaikan haji pada tahun berikutnya iaitu 1442H / 2021M

Tarikh Rayuan Haji 1443H/2022M
Dibuka : 19 April 2022 (Selasa)
Ditutup : –
Nota: Tempoh Proses Rayuan Haji adalah seperti dinyatakan di atas

Permohonan rayuan mengerjakan haji melalui aplikasi THiJARI adalah seperti video tutorial yang disediakan oleh pihak Tabung Haji:-

Tutorial Proses Rayuan Haji Menggunakan Aplikasi THiJARI

Baca Juga: Semakan daftar haji 2021 check baki & penyata melalui THIJARI

Berikut adalah cara-cara dalam membuat permohonan rayuan mengerjakan haji untuk tahun lepas 1441H.

Cara Membuat Permohonan Rayuan Haji 1441H/2020M

Tahun sebelum ini menyaksikan permohonan rayuan dibuat secara menghantar surat rayuan ke pihak Tabung Haji. Namun bermula tahun ini, sebagai usaha penambahbaikan, Tabung Haji telah memperkenalkan Borang Rayuan Haji yang telah diseragamkan bagi melancarkan proses rayuan haji bagi bakal jemaah haji

Borang Rayuan Mengerjakan Haji 1441H/2020M

Muat Turun Borang Rayuan Haji Online: Borang Rayuan Haji 1441H

Klik pada pautan laman web di atas, dan muat turun borang rayuan mengerjakan haji atau dapatkannya di Pejabat Cawangan TH yang berhampiran
borang rayuan haji
Isikan borang tersebut dengan lengkap dan hantar ke mana-mana kaunter di 125 cawangan Tabung Haji termasuklah di UTC seluruh negara
Setelah menghantar, pihak Tabung Haji (TH) akan mengeluarkan surat perakuan penerimaan rayuan haji pada tahun semasa dan seterusnya rayuan berkenaan akan dimasukkan ke dalam sistem TH untuk diproses
Nota: Seperti tahun-tahun sebelum ini, Tabung Haji telah pun memberi pilihan kepada jemaah haji Muassasah untuk membayar penuh kos haji. Sekiranya mereka tidak memilih untuk membayar penuh maka bayaran haji kekal pada kadar yang diberi subsidi

Kos menunaikan haji bagi tahun semasa adalah seperti berikut di mana perincian terkini akan dikongsikan selepas diumumkan secara rasmi oleh pihak TH :-

Bayaran Dan Kos Haji 1441H/2020M

borang rayuan haji
Berikut adalah bayaran haji dan kos haji bagi tahun 1441H/2020M. Bagi Tahun 1442H/2021M akan dikemaskini

Warganegara Kali Pertama Tunai Haji : RM9,980
Tanggungan kos TH adalah sebanyak : RM12,920
Bayaran Visa Haji turut ditanggung oleh TH
Warganegara Telah Tunai Haji : RM22,900
Tiada tanggungan kos daripada TH
Tiada lagi bayaran caj jemaah haji berulang
Pengeluaran KWSP Bagi Tujuan Haji

Bagi bakal jemaah haji yang telah terpilih pada tahun semasa, mereka layak membuat pengeluaran wang di Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Namun jumlah pengeluaran yang dibenarkan adalah berdasarkan baki simpanan dalam Akaun TH untuk tujuan mencukupkan Bayaran Haji (Muassasah). Had maksima pengeluaran yang dibenarkan oleh KWSP adalah sebanyak RM3,000 sahaja serta tertakluk pada syarat-syarat berikut:-

Ahli KWSP
Berumur tidak lebih 55 tahun
Mengemukakan surat tawaran haji ke pejabat KWSP
Mengemukakan Penyata Simpanan TH ke pejabat KWSP
Jadual Penerbangan haji 1441H/2020M

Berikut adalah jadual penerbangan haji bagi tahun 1441H/2020M seperti yang dikeluarkan pihak Tabung Haji:

Jadual Haji 1441H

Jadual Haji 1441H
Maklumat Lanjut

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan mengenai rayuan haji boleh rujuk soalan lazim di bawah atau menghubungi talian khidmat pelanggan (THCC) di +603-62071919

Kunjungi Cawangan / Urban Tranformation Centre (UTC) Tabung Haji yang berdekatan

Untuk pertanyaan langsung, boleh juga melayari Facebook rasmi (Tabung Haji) di pautan berikut

BACA:

Pengeluaran khas KWSP : Ambil tahu tentang status permohonan anda

Elizabeth Tan jadi ‘cleaner’ pula, tapi benda lain pula yang netizen perasan

Cita-cita murid tahun 2 ini buat orang ramai kagum, “macamana umur macam tu boleh fikir..”

CATEGORIES