Rayyan Wong ditahan PDRM selepas hina institusi diraja

Oleh ISMAIL YAHYA

Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menahan pemilik akaun TikTok @ryanwong_5845 yang dipercayai mengeluarkan kenyataan menghina terhadap institusi Diraja dan Perdana Menteri.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, berkata pihaknya menerima laporan semalam daripada seorang lelaki

Di Cyberjaya yang terlibat dalam kenyataan yang dimuat naik oleh individu dikenali sebagai Rayyan Wong di aplikasi TikTok.

Menurutnya, lelaki tersebut didakwa mengeluarkan kenyataan yang bersifat jelik, dipercayai dengan niat untuk menyakitkan hati, merendah-rendahkan dan menghina institusi Diraja,

serta membangkitkan kebencian dan provokasi. Kenyataan tersebut juga dikhuatiri boleh mengganggu-gugat keselamatan awam dan keharmonian negara.

Rayyan Wong ditahan PDRM selepas hina institusi diraja

“Susulan itu, pihak polis telah menahan seorang lelaki berusia 22 tahun yang dipercayai pemilik akaun TikTok tersebut semalam di rumahnya di Johor,” katanya.

Tambah beliau, pihak polis turut merampas telefon bimbit milik suspek untuk siasatan lanjut. Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

@ryanwong_5845 Harap lepas ini jangan mengecam saya lagi. Saya dah meminta maaf kerana sebar fitnah, nak terima atau tidak kemaafan itu terserah kepada anda. #tiktokmalaysia #isusemasa #islam ♬ bunyi asal – Rayyan Wong

Sementara itu, Rayyan Wong telah mengeluarkan permohonan maaf atas kenyataannya yang memfitnah institusi Diraja dan pemimpin negara mengenai dakwaan mereka makan di sebuah restoran yang didakwa tidak memiliki sijil halal.

“Saya minta maaf atas kenyataan saya mengenai makan di restoran yang tiada sijil halal, sedangkan sebenarnya restoran tersebut mempunyai sijil halal. Saya mohon maaf atas kekhilafan ini kerana tidak melakukan kajian lebih lanjut,” katanya.

Lelaki tersebut sebelum ini memuat naik kenyataan yang mempersoalkan tindakan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, Pemangku Sultan Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim, dan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilihat makan di restoran di Johor Bahru yang didakwa tiada sijil halal.

BACA: Siapa sangka kawan memancing jadi bapa mertua