Reen Rahim umum kahwin lelaki 6 tahun lagi muda, dapat tajaan RM15 Juta

Reen Rahim umum kahwin lelaki 6 tahun lagi muda dapat tajaan RM15 Juta

Reen Rahim umum kahwin lelaki 6 tahun lagi muda, dapat tajaan RM15 Juta. Pelakon Reen Rahim, 34, mengumumkan bakal menamatkan zaman bujang dengan jejaka pilihan hati yang dikenali MR H pada hujung tahun ini di sebuah restoran di Putrajaya.

Reen bagaimanapun belum bersedia untuk berkongsi tarikh rasmi dan identiti jejaka yang lebih muda daripadanya kerana mahu menjaga privasi dan mengelakkan penyakit ‘Ain’.

“Ya saya bakal menamatkan zaman bujang pada hujung tahun ini. Dia seorang ahli perniagaan dan juga penggiat seni. Kami sudah berkawan hampir dua tahun dan dia enam tahun lebih muda dari saya.

“Pada mulanya kami berdua tidak berhasrat untuk berkahwin kerana tidak mahu terikat dengan sebarang komitmen, tapi pada masa sama kami saling menyukai antara satu sama lain.

“Tak tahulah apa agaknya doa keluarga, akhirnya kami berdua terbuka hati untuk menghalalkan ikatan dan berjanji untuk saling menjaga hingga ke akhir hayat,” katanya.

Reen Rahim umum kahwin lelaki 6 tahun lagi muda dapat tajaan RM15 Juta

Berkongsi perjalanan hari bahagianya itu, Reen meluahkan rasa syukur kerana mendapat penajaan sejumlah RM15 juta dalam pelbagai bentuk untuk penganjuran tiga majlis.

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh Reen Rahim (@reenrahim)

“Kalau boleh saya nak buat satu majlis saja, tapi memandangkan ada pihak yang sudi menaja kami memutuskan untuk menganjurkan tiga majlis iaitu malam berinai, akad nikah dan resepsi.

“Kesemua majlis ini akan diuruskan oleh sahabat-sahabat saya kerana mereka tidak mahu menyusahkan saya. Mereka hanya mahu saya gembira pada majlis itu nanti,” katanya.

Terdahulu Reen melangsungkan majlis pertunangan dengan jejaka berusia 28 tahun itu pada Ogos lalu, namun bertindak untuk merahsiakannya atas permintaan keluarga.

BACA:

5 sayur paling mahal dalam dunia, cecah ribuan ringgit sekilo

Stadium World Cup di Qatar bakal diruntuhkan selepas pertandingan tamat

Isteri Achey dah mula proses penting dalam fasa IVF

CATEGORIES