Walau remaja tersebut menyedari bahawa aksinya dirakam, namun dia tetap meneruskan mengira wang tersebut tanpa mengendahkan keadaan sekeliling.
Sebuah video yang menjadi viral di media sosial Indonesia memaparkan seorang remaja yang sedang mengira duit daripada tabung infak masjid
Berlaku di sebuah pusat snuker, lapor laman berita Tribunnews kelmarin.Kejadian ini berlaku di Asahan, wilayah Sumatera Utara.
Dalam video tersebut, remaja lelaki tersebut duduk di atas kerusi dengan dua kotak infak masjid bersebelahan dengannya, bertuliskan ‘Surau Al Ikhlas Jalan Pintu Air’ dan ‘Surau Al Ridho Jalan Pasar Baru’.
Duit dari tabung itu dikira oleh remaja tersebut sebelum disusun dengan rapi. Pada masa yang sama, beberapa remaja lain kelihatan sedang asyik bermain snuker di ruangan tersebut.
Menurut perekam video, dia yakin duit dari tabung itu dicuri dari surau-surau berkenaan, dan wang tersebut digunakan untuk bermain snuker.
Walau remaja tersebut menyedari bahawa aksinya dirakam, namun dia tetap meneruskan mengira wang tersebut tanpa mengendahkan keadaan sekeliling.
Video ini kemudiannya menjadi viral dan menerima pelbagai komen daripada netizen.
“Maaf, tapi saya sering melihat orang yang meminta sedekah dengan wajah begini. Bukan saya tidak mahu beramal, tetapi kini banyak kejadian seperti ini,” kata seorang netizen.
BACA: Intan Najuwa kongsi tips jaga suami “Selepas berkahwin, saya…”