Remy Ishak terkejut buka whatsapp dapat berita sedih, kongsi cerita baru lepas jumpa pilot pesawat terhempas

Oleh KAMARUL HISHAM ABDULLAH

Remy Ishak terkejut buka whatsapp dapat berita sedih, kongsi cerita baru lepas jumpa pilot pesawat terhempas

PELAKON Remy Ishak meluahkan rasa terkejut atas susulan nahas pesawat terhempas

Di Lebuhraya Guthrie, dekat Elmina, Shah Alam pada petang Khamis yang turut mengorbankan juruterbang Allahyarham Kapten Shahrul Kamal Roslan.

Remy Ishak terkejut buka whatsapp dapat berita sedih, kongsi cerita baru lepas jumpa pilot pesawat terhempas

Remy memberitahu dia baru sahaja bertemu dengan Shahrul bersama keluarganya di sebuah restoran pada Selasa lalu.

Menerusi Instagram, Remy turut berkongsi foto yang sempat dirakamkan bersama Allahyarham, isterinya dikenali sebagai Shefa.

“Baru dua hari lepas jumpa Kak Iza, arwah dan isterinya Shefa di Mozers Shah Alam.

Pertemuan itu turut disertai oleh isteri Allahyarham (paling kanan).

“Hari ini buka WhatsApp dapat berita sedih ini. Saya bersimpati, semoga Allah tempatkan Shahrul bersama orang-orang yang beriman. Amin,” tulisnya.

Remy berkongsi perkara itu menerusi Instagram miliknya pada malam Khamis.

Pelakon itu turut mengucapkan takziah kepada isteri Allahyarham dan keluarga atas pemergian Shahrul dalam insiden menyayat hati itu.

Terdahulu, mStar melaporkan selain Shahrul, 42, sembilan individu termasuk seorang pemandu dan penunggang motosikal maut selepas sebuah pesawat terhempas di Elmina.

Turut terkorban, Exco Kerajaan Negeri Pahang dan Ketua Umno Bahagian Bentong, Datuk Seri Johari Harun.

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) turut mengesahkan pesawat Beechcraft Model 390 (Premier 1) nombor pendaftaran N28JV terhempas pada petang Khamis.

BACA: “Balik je, hadap apa jua siasatan, jangan bagi alasan, saya tak nak dengar”, pesan Azam Baki kepada menantu Muhyiddin