Resepi lejen kerabu lawar jadi kegemaran ramai

Oleh AHMAD YUSOF MUSTAPHA

Dengar je perkataan lawar mesti semua tak sangka lawar ni sejenis makanan yang dipanggil kerabu.

Ia menggunakan isi ikan tamban segara tanpa perlu dimasak dan popular di negeri pantai timur khususnya Kelantan.

Manakala, di Sabah ia dipanggil hinawa dan Sarawak pula dikenali sebagai umai.

Resepi lejen kerabu lawar jadi kegemaran ramai

Ia mempunyai kombinasi rasa pedas, masam dan manis dan tidak hanyir walaupun dihasilkan dari isi ikan mentah.

Penghasilan lawar ini agak susah kerana perlu asingkan isi ikan dan ikan tamban pula terkenal dengan banyak tulang. Tetapi, hasilnya sangat sedap cuma ia memerlukan kesabaran yang tinggi.

Gaul-gaul je dah siap resepi lejen kerabu lawar jadi kegemaran ramai

Jom ikuti resipi ini untuk membuat kerabu lawar yang sedap!

Bahan utama:

Ikan tamban yang betul-betul segar
Bahan hirisan:

Daun kesum
Cili
Bawang merah
Kacang panjang
Limau kerat lintang
Bahan lain:

Limau nipis
Garam
Cara penyediaan:

1. Siang buang najis dan basuh bersih-bersih ikan tamban.
2. Setelah itu, ambil isinya sahaja sambil berhati-hati kerana ia banyak tulang dan cincang jangan sampai lumat.
3. Dah sudah ketepikan isi tersebut dan tak perlu rebus ya.
4. Ambil limau nipis dibelah dua dan perahkan di atas isi ikan tamban.
5. Kemudian bahan-bahan yang dihiris tadi, campurkan kesemuanya bersama isi ikan dan diperasakan bersama garam.

Ikan tak perlu rebus, ikan itu mentah. Tapi bila perah limau nipis, isinya jadi putih, masak dan tak hanyir. Tak ada rasa macam ikan mentah pun sebab dah jadi macam kerabu.

Baca:“Tiba-tiba mak mertua sound aku, ini mesti ada angin yang goyangkan pokok, diam-diam aku letak kamera celah tin milo tempat mak mertua membawang”