Resepi Udang Butter Nestum ini..lagi sedap bila dapat ratah

Oleh AHMAD YUSOF MUSTAPHA

Makan selepas perayaan besar seperti Hari Raya Aidilfitri tentunya lebih meriah dengan hidangan seperti

Resipi Udang Butter Nestum yang dikongsi oleh saudari Rosni Musa. Hidangan ini sungguh sedap dan pasti dapat membuka selera.

Terutamanya apabila menggunakan udang yang bersaiz besar atau pun XL pasti lebih memuaskan.

Bagi anda yang mempunyai stok udang dalam peti sejuk boleh mencuba resepi ini.

Cara buat Udang Butter Nestum:

Resepi Udang Butter Nestum ini..lagi sedap bila dapat ratah

BAHAN-BAHAN:

1/2kg udang- seeloknya guna udang bersaiz besar
3 sudu makan mentega
2 ulas bawang putih – cincang
2 biji cili api – racik
Tepung jagung
1 mangkuk kecil nestum
Lada sulah
2-3 tangkai daun kari
Cara-caranya:

Letakkan udang dalam bekas dan taburkan garam, lada sulah, dan tepung jagung. Gaul rata sehingga semua bahan tercampur dengan rata.

Panaskan minyak dan goreng hingga garing.

Goreng udang sekejap sahaja dengan menggunakan api besar. Angkat udang dari minyak panas dan toskan untuk menghilangkan lebihan minyak.

Dalam kuali lain, panaskan mentega dan masukkan cili api, daun kari serta bawang putih. Tumiskan.

Masukkan nestum serta perencah. Jangan lupa garam dan gula.

Akhir sekali, masukkan udang dan kacau hingga diselaputi oleh nestum.

Selamat mencuba!

Baca juga: