Kerutuk antara hidangan dari Pantai Timur khususnya Terengganu dan Kelantan.
Kerutuk ayam atau daging ini macam gulai tapi bukan, macam rendang tapi rasanya lain.
Yang pasti hidangan kerutuk ini memang sedap dimakan dengan nasi putih dan nasi berperisa bersama acar dan sambal belacan.
Tapi tak semua mahir membuat kerutuk ini sebab itu ia jarang dijual terutama di luar pantai timur.
Bagi yang nak cuba merasai keenakan kerutuk ini, boleh gunakan resipi perkongsian Muliadi Ramli. Yang ini resipi kerutuk ayam.
Cara buat kerutuk ayam
Bahan-bahan
Ayam 1 ekor (1.8kg dipotong 8 bahagian)
Bahan kisar halus
Bawang besar- 2 biji
Bawang merah kecil- 8 biji
Bawang putih- 3 ulas
Halia- 1 inci
Lengkuas- 2 inci
Kunyit besar- ibu jari
Rempah kerutuk
Rempah kerutuk- 6sb
Rempah masak cap bunga rose- 1sb
(Dicampurkan air dan gaul sekali)
Cara Buat Kerutuk Ayam Dengan Kuah Pekat, Sedapnya…
Bahan tumis
Rempah 4 sekawan
Minyak masak untuk menumis
Bawang besar 1 biji & bawang merah 2 biji dimayang
Cili boh- 5 sudu besar
Bahan lain
- Santan- 1 kotak kecil
- Kerisik- 4 sb
- Gula Melaka- 1/2 keping
- Garam secukup rasa
- Air Asam jawa
- Lada besar merah dan hijau 4 biji (dibelah 2)
- Bawang holland 1 biji (dibelah 6)
Cara membuat
1. Tumis rempah empat sekawan hingga naik bau. Masukkan cili boh tumis hingga pecah minyak
2. Masukkan bawang yang dimayang dan bahan kisar halus. Tumis hingga naik bau dan masak cili serta pecah minyaknya.
Cara Buat Kerutuk Ayam Dengan Kuah Pekat, Sedapnya…
3. Selepas itu masukkan rempah cap bunga rose, tumis hingga sebati dan pecah minyak.
4. Seterusnya masukkan 1 cawan air, tumis lagi hingga mendidih. Kemudian masukkan santan pekat, kacau sebati.
5. Masukkan gula melaka, dan air asam jawa. Masak hingga kuah pekat barulah masukkan ayam. Gaul rata, masukkan kerisik, garam secukup rasa.
Selain itu: Kalau Masak Nasi Ayam Guna Teknik Ini Untuk Buat Ayam Yang Sedap, Kulit Berkilat
6. Renehkan dengan api kecil dalam 20 minit hingga kuah pekat. Masukkan lada besar dan bawang holland, kacau. Siap.
BACA: ‘Teresak-esak lepas wisel ditiup’ Kaum ibu masuk pertandingan menangis raih perhatian netizen