Resipi udang buttermilk paling mudah tapi sedap tak cukup nasi

Oleh ZULQARNAIN ISMAIL

Resipi udang dengan kuah pekat yang kaya dengan pelbagai rasa enak.

Rasa berlemak dari susu serta mentega dan diseimbangkan dengan pedas cili padi.

Aroma daun kari menambahkan lagi kesedapannya.

Hidangan menyelerakan untuk berbuka.

Bahan-bahan

Resipi udang buttermilk paling mudah tapi sedap tak cukup nasi

Udang galah – ( saiz besar/ sederhana )
Mentega

½ tin susu cair – ( nak berkuah boleh letak lebih )

7 ulas bawang putih ( dikisar halus )

Cili api (tumbuk/kisar halus bersama bawang putih)

Perasa secukupnya

Cara Penyediaan

1. Goreng udang terlebih dahulu dengan mentega sehingga agak garing lalu asingkan.

2. Guna minyak bekas goreng udang tadi untuk tumis bawang putih dan cili padi.

3. Setelah bahan kisar garing, masukkan susu cair dan serbuk perasa.

4. Kacau sebati. dan masukkan udang lalu kacau sehingga sebati.

Pomoted Content

Money Amulet
Keluarga asal Petaling Jaya menjadi kaya dalam 3 hari selepas membaca
Ketahui Lanjut
5. Masak sehingga pekat. Angakt dan siap untuk dihidangkan bersama nasi panas.

Nota

1. Resepi ini lebih sesuai dimasak menggunakan udang yang bersaiz xxL kerana rasanya lebih manis.

2. Kepedasan resepi ini bergantung kepada jumlah cili yang digunakan.

3. Resepi ini juga sesuai dimasak dengan ayam .

4. Selain daripada digoreng terlebih dahulu dengan mentega , udang juga boleh digoreng tepung terlebih dahulu sebelum dimasak bersama kuah.

5. Selain susu cair , boleh juga gunakan santan atau susu segar .