Semalam kecoh satu Malaysia apabila Ketua Polis Negara Razarudin Husain mengesahkan menerima laporan
berhubung dakwaan pengabaian kanak-kanak, amang seksual dan perbuatan cabul terhadap kanak-kanak di rumah penjagaan dipercayai milik GISBH.
Razarudin berkata serbuan melalui Op Global itu dibuat di premis GISBH sekitar Selangor dan Negeri Sembilan, bermula jam enam pagi hingga 11 pagi tadi.
Memetik dari BH Online, hari ini tinjauan dari Restoran dikendalikan GISBH engang sejak tersebarnya dakwaan ia mengeksploitasi kanak-kanak sebagai pekerja.
Tinjauan di restoran di Jalan Sultan Zainal Abidin, di sini, mendapati hanya beberapa pelanggan dalam premis berkenaan.
Sementara itu wakil GISBH Terengganu ketika dihubungi menafikan pihaknya ada mengendalikan pusat jagaan dan rumah amal di Terengganu.
“Aktiviti dijalankan GISB di negeri ini hanya membabitkan perniagaan iaitu restoran, perniagaan peruncitan dan bakeri.
“Kita tidak menggunakan pekerja dalam kalangan kanak-kanak sebaliknya belia berusia melebihi 20 tahun,” katanya sambil memaklumkan enggan mengulas lanjut mengenai tindakan dilakukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Selangor dan Negeri Sembilan.
Wakil GISBH itu juga mengesahkan akan memberi kerjasama penuh kepada PDRM dan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT).
Baca: Pemilik Tesla utara tarik nafas lega, Tesla umum buka pusat servis kedua di Pulau Pinang