Rezeki datang melimpah-ruah dengan cara yang tak disangka, jika amal doa ini

Oleh KAMARUL HISHAM ABDULLAH

Setiap apa sahaja butiran yang keluar daripada mulut kita umpama satu doa. Oleh itu berhati-hatilah ketika berkata-kata.

Ucapkanlah perkara yang baik-baik. Jika tidak ada perkataan yang baik untuk diucapkan adalah lebih baik

untuk kita diam sahaja kerana diam itu lebih baik daripada kita mengungkap kata-kata yang negatif.

Rezeki datang melimpah-ruah dengan cara yang tak disangka, jika amal doa ini

Seperti perkongsian Nur Aliah Mohd Nor yang antaranya mengatakan bahawa betapa pentingnya kita berkata hal yang baik-baik.

Amalkan Je Doa Ni Kalau Nak Tebalkan Dompet Anda

Baru ni Lia geram sangat bila sorang kawan Lia ni buka dompet dia masa nak beli makanan, lepas bagi duit dekat kakak yang meniaga ni, dia cakap,

“Aduhh! Duit aku dah tak ada dah.”

Doa Amalan Rezeki Melimpah Ruah

Kalau Nak Dompet Tebal, Amalkan Doa Ini

Lia bukan apa, kadang kata-kata kita ni doa, kalau tersalah cakap takut jadi kenyataan pula!

Jadi Lia kongsikan terus 1 tips setiap kali nak bayar duit kat orang boleh terus baca doa ini,

“Inna haza larizquna maalahu minnafad”. – Surah Sad Ayat 54.

Maksudnya, “Sesungguhnya ini ialah pemberian Kami kepada kamu, pemberian yang tidak akan habis-habis”.

Kalau dapat duit baki pula, masa nak masukkan duit dalam dompet tu terus baca surah Al-Fatihah.

Yakin dan percaya lah, bila buka dompet tu duit sentiasa je ada. Tak kisah walaupun dalam dompet ada RM0.10 atau RM1, ucapkan Alhamdulillah.

FIKIR YANG BAIK-BAIK

Sebab tu la pentingnya juga mindset kita, kalau kita fikir duit tak ada, maka duit pon takut nak datang dekat kita.

Kalau Nak Dompet Tebal, Amalkan Doa Ini
Kalau kita yakin duit tu sentiasa ada, walaupun masa tu tak ada duit, yakin Allah pasti bantu.

Jom sama-sama amalkan doa ini selalu agar kita menjadi orang yang Menjemput Rezeki. Katakan “I Am A Money Magnet!”.

BACA: Sebenarnya para suami boleh kahwin lagi tanpa persetujuan isteri pertama, ini caranya ramai tak tahu